Maha Firaun Itu Tidak Akan Tunduk Kepada Desakan Rakyat!!

21 September, 1999

Kenyataan PM Maha Firaun semalam, berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan tunduk kepada desakan supaya tuntutan sesuatu pihak dipenuhi sekiranya ia mahukan undi. Kenyataan ini jelas merujuk kepada tuntutan kaum Cina yang didakwa oleh Dr Ling Liong Sik sebagai akan 99 peratus memberikan sokongan mereka jika tuntutan mereka dipenuhi.

Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja, melainkan dengan angkuh mahu terus berkuasa secara total. Maha Firaun mengakui bahawa ada pertubuhan kerajaan menulis surat mengugut wakil-wakil rakyat supaya memenuhi tuntutan mereka sekiranya mahukan undi, termasuk juga persatuan Cina yang menyenaraikan kehendak-kehendak mereka sekiranya kerajaan mahukan undi mereka.

PM Maha Firaun disifatkan sebagai berkata semua kaum memang tidak pernah berpuas hati dengan kerajaan dan tidak ada kerajaan di dalam dunia ini yang dapat memuaskan hati satu-satu kaum atau semua kaum sama ada kerajaan itu memerintah negara yang mempunyai satu kaum sahaja atau pelbagai kaum. Justteru itu parti-parti komponen perlu berhati-hati ketika berhadapan dengan desakan-desakan sedemikian.


KEMBALI