AZMIN DAN HISHAMUDIN DITAHAN, DUA LAGI PEMIMPIN KEADILAN AKAN DITANGKAP

21 September, 1999

Bekas pemimpin pelajar Hishamudin Rais dan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali ditahan untuk disoal siasat di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Mat Zain Ibrahim berkata, kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis berhubung kesalahan berhimpun secara haram dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan rusuhan.

Azmin, 35, ditahan di rumahnya di Tasik Titiwangsa pada 10.25 pagi manakala Hishamudin, 48, ditahan di Krystal Court, Jalan Permai, off Jalan Seputeh pada 1 tengah harii. Beliau berkata polis akan menahan lapan orang lagi berhubung rusuhan baru-baru ini.


KEMBALI