22 September, 1999
Tindakan Parti KeADILan Nasional mengajak orang ramai ke Masjid Negara, Kuala Lumpur adalah untuk satu perhimpunan rakyat secara aman, dan bukannya merusuh!!! Sila semak kembali risalah edaran parti tersebut.
Matlamat utama perhimpunan ialah untuk melakukan solah zohor dan hajat berjemaah dan ia disempurnakan di bawah imam Dr. Badrul Amin Baharom. Agenda seterusnya ialah menghantar memorandum ke Istana Negara dalam satu perarakan rakyat bagi tuntutan YDP Agong untuk menyiasat punca keracunan DSAI.
Malahan tidak ada dalam agenda risalah KeADILan itu supaya merusuh dan menyerang polis.
Sebaliknya kehadiran polis dan FRU yang tidak diundang dalam perhimpunan itu membawa niat jahat kerana dalam tangki lori FRU sudah tersimpan air beraun (mungkin arsenik) untuk menzalimi rakyat. Kehadiran rakyat juga tanpa senjata dan FRU dan polis lengkap bersenjata. Jadi siapa merusuh sebenarnya???!!!!
DAP yang menghantar wakilnya bukan Melayu juga merestui apa yang dilakukan itu kerana tujuan sebenar ialah untuk mereka berkumpul di situ dan menyerahkan secara aman memorandum meminta campur tangan istana berhubung dakwaan kes keracunan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oleh itu, orang bukan beragama Islam juga pergi menghadiri perhimpunan itu termasuk Ketua Pemuda DAP Teng Chang Khim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Gasing Teng Chang Khim.
Ini menjelaskan mengapa orang bukan Islam hadir di Masjid Negara, bukan dalam dakwaan oleh beberapa tokoh agama UMNO yang menganggap perbuatan penyokong Anwar menggunakan Masjid Negara sebagai tempat mengadakan perhimpunan haram sebagai menghina Islam, apatah lagi ia membabitkan orang bukan Islam.
Tindakan orang bukan Islam menyampaikan ceramah itu bukan merupakan sesuatu yang provokatif kepada masyarakat Islam kerana ia bukan diadakan di dalam masjid, yakni tempat orang bersembahyang.
Orang Islam daripada Keadilan tidak menegah tindakan bukan Islam menyampaikan ceramah itu manakala orang Islam daripada Umno pula menyatakan ia tidak boleh dilakukan, dakwaan seorang pemimpin DAP.