Mana Buktinya BA Akan Serah Negara Kepada 'Orang Asing'?

22 September, 1999

Kegemaran PM Mahathir mengaitkan Parti-parti Barisan Alternatif dengan 'orang asing' berulang lagi semasa lawatan beliau ke negeri Perlis. Namun siapakah 'orang asing' yang dimaksudkan oleh PM Maha Firaun itu, tidak jelas, kabur dan penuh kesangsian terhadap rakyat yang berfikiran waras, dan tidak taat membuta sebagaimana ahli-ahli UMNO kepada Maha Firaun itu.

Dalam dakwaannya semalam, PM Maha Firaun itu menyifatkan rakyat yang akan mengundi BA sedia untuk menyerahkan negara ini kepada orang asing.

PM Maha Firaun beranggapan sedemikian atas keputusan yang didakwanya, dibuat oleh BA untuk menggugurkan kawalan mata wang terpilih sekiranya mereka membentuk kerajaan. Ini bermakna negara akan diserahkan kepada IMF, dakwa Maha Firaun.

PM Maha Firaun juga mendakwa DSAI dahulunya mengikut membuta tuli arahan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) seperti menaikkan kadar faedah, mengurangkan belanjawan kerajaan dan mengurangkan pinjaman institusi kewangan kepada peminjam.


KEMBALI