UMNO Parti Cabar Mencabar!!!

22 September, 1999

Cabaran yang dibuat oleh anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohamed Nazri Tan Sri Aziz terhadap Presiden KeADILan Nasinoal (Keadilan) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail atau mana-mana pemimpin parti itu, supaya bertanding di Chenderoh, Perak dengan beliau pada pilihan raya umum akan datang, hanyalah helah UMNO yang suka cabar mencabar.

Sebelum ini, negara menyaksikan pengampu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Hishamuddin Hussein pernah mencabar Hj. Mahfuz Omar selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, tetapi berakhir dengan suara-suara sumbangnya sahaja.

Di Parlimen Chenderoh sendiri, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak merangkap ADUN Lubuk Merbau, Jamal Nasir Rashdi pernah mencabar YDP PAS Kawasan Chenderoh supaya berdebat dengannya dihadapan rakyat atas tajuk 'debat kemerdekaan', namun cabaran itu tidak pernah disahut pun.

Ini menjadi bukti yang jelas kepada rakyat bahawa UMNO hanya berani mencabar, tetapi tidak berani turun gelanggang untuk menyahut cabaran.

Kepada Nazri Aziz, Minda Rakyat ingin menasihati anda, selidikilah dahulu apakah kerusi anda di Chenderoh itu benar-benar teguh sebelum anda mencabar sesiapa. Ingatlah bahawa bekas YB Hamzah Mohd Zain, Ahli Dewan Negara yang menyertai KeADILan bukan berdiam diri. Berapakah jumlah penduduk Chenderoh yang dibawa oleh beliau masuk KeADILan mesti diambilkira sebelum memulakan cabaran yang akan memalukan anda kelak.


KEMBALI