Media Putarbelitkan 'Fatwa' Nik Aziz

22 September, 1999

Tindakan media memutarbelitkan fakta dalam dakwaan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat seharusnya dipandang berat kerana membawa maksud provokasi dan berniat jahat ke atas peribadi beliau dan gerakan Islam di negara ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai berkata bahawa kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan diisytiharkan haram jika beliau dilantik menjadi Mufti Kelantan, membuktikan putarbelit media itu.

Apa yang sebenarnya dilafazkan oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah bahawa sekiranya benar kerajaan BN memenangi pilihanraya negeri Kelantan dan kembali memerintah serta melantik beliau sebagai Mufti Negeri Kelantan, fatwa pertama yang beliau keluarkan ialah 'haram' mengundi BN. Tidak ada sentuhan mengenai parti UMNO dan kerajaan BN. 

Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah telah berkata UMNO Kelantan sedia memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Nik Aziz pada pilihan raya akan datang, jika beliau setuju menerima pelantikan sebagai Mufti Kelantan.


KEMBALI