Wawasan Baru Mahathir Bercelaru!!! 

23 September, 1999

Kemana perginya Wawasan 2020 Mahathir? Apakah wawasan itu hanya gimik untuk beliau mengambil kesempatan melakukan berbagai penswastaan dan perlaksanaan projek mega untuk mengaut harta negara?

Terkini Mahathir berkata wawasan terbarunya untuk Malaysia ialah memajukan sektor pertanian negara untuk menjadikan negara ini pengeluar makanan. Apakah PM sedang mengkaji pelbagai aset negara seperti sungai, tasik, laut dan terumbu untuk digunakan bagi memperkaya suku sakatnya pula?

Apakah yang telah terjadi dengan pemulihan ekonomi yang didakwa sudah berjaya dan seringkali Malaysia diwar-warkan sebagai sudah keluar dari kemelesetan itu? Perdana Menteri mendakwa negara mempunyai banyak aset yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya daripada segi pembangunan pertanian kerana tumpuan diberikan kepada perladangan getah dan kelapa sawit. Mahathir juga berkata menternak ayam atau menanam sayur boleh memberikan lebih banyak pulangan daripada menanam getah atau kelapa sawit.


KEMBALI