Rakyat Hargai Anwar, Berbanding Mahathir!!

23 September, 1999

Keputusan BA mencalonkan dan merestui Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM negara akan datang, seandainya pilihanraya kali ini memihak kepada majoriti rakyat, disambut oleh DSAI dengan perasaan "begitu terharu". Demikian kata DSWA.

DSWA yang juga Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan), berkata berita mengenai keputusan itu disampaikannya kepada Anwar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dimana beliau masih dirawat.

Katanya, Anwar meminta beliau menyampaikan "ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau oleh rakan-rakan dalam kepimpinan Barisan Alternatif."

Sebaliknya DSAI menganggap pencalonan itu merupakan satu pengorbanan yang tinggi daripada kepimpinan dalam parti-parti Barisan Alternatif "kerana beliau menyedari bahawa Barisan Alternatif tidak ketandusan pemimpin, malah ramai yang juga berkebolehan dan berwibawa untuk menjadi pemimpin negara," kata Wan Azizah.

KEMBALI