Percubaan Mengharamkan KeADILan

23 September, 1999

Kelab Senator Malaysia mencadangkan supaya Parti Keadilan Nasional (Keadilan) diharamkan kerana didakwa ia terus menimbulkan masalah keselamatan negara. Demikian kata Setiausaha Agung kelab itu Senator Rosli Mat Hassan.

Beliau mendakwa Keadilan gagal menggunakan saluran demokrasi dalam menyatakan pendirian atau protes sebagaimana yang ditetapkan perlembagaan dan sikap rakus parti berkenaan sehingga tercetusnya dakwaan berlaku rusuhan.

Idea pengharaman itu dipercayai lahir kerana parti itu berjaya mengugat kestabilan UMNO  dan ia berjaya menyatakan pendirian majoriti rakyat Malaysia yang mahukan Mahathir bertanggungjawab atas apa yang dikatakan sebagai konsfirasi peringkat tertinggi dalam sejarah politik negara yang mahu membunuh DSAI.


KEMBALI