ABDUL RAHMAN JADI PENGERUSI KEADILAN SABAH

23 September, 1999

Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Rahman Mohamed Yakub telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Sabah manakala Datuk James Ghani, seorang peguam, sebagai timbalannya.

Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, mengumumkan senarai anggota jawatankuasa itu yang telah diluluskan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Anggota lain ialah Mazhry Ismail (Setiausaha), Chong Jock Chin (Bendahari), Abdillah Abdul Hamid (Ketua Penerangan), Dr Badrul Amin Bahron (Ketua Pemuda) dan Datin Saidatul Badru Tun Said (Ketua Wanita).

Turut menduduki jawatankuasa perhubungan negeri ialah Jamaludin Abdullah @ Janil (Marudu), Abdul Kahar Abdul Rahman (Bandau), Ibrah Haji Hamid (Tuaran), Chong Jock Chin (Tanjung Aru), Awang Ahmad Sah Awang Sahri (Penampang), Datuk James Ghani (Papar) dan Abdul Rahman Mohamed Yakub (Beaufort).

Anggota jawatankuasa lain ialah Jalumin Jahali (Kinabalu), Janis Abdullah (Keningau), Abdul Aziz Abdul Hamid (Silam), Badrul Amin Bahron (Tawau), Abdillah Abdul Hamid (Semporna), Madhry Nasir (Libaran), Masri Kiwang (Beluran), Alex Chan (Sandakan) dan Jimmy Voon (Kinabatangan).

Bagi bahagian Gaya, Tenom, Kota Belud dan Sipitang yang belum mempunyai penaja, urusan parti akan dikendalikan jawatankuasa perhubungan negeri, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut parti itu kini mempunyai lebih 25,000 anggota berdaftar sejak dilancarkan di Sabah 8 Ogos lepas. -- BERNAMA

KEMBALI