Hanya di zaman Mahathir terdapat mereka yang menentang kepimpinan parti disumbat ke dalam ISA. (Mahathir tidak ditangkap atau pun dipanggil ke Bukit Aman semasa menentang Tunku).
Hanya di zaman Mahathir terdapat bilangan paling ramai mereka yang ditahan di bawah ISA (melebihi bilangan anggota komunis yang ditahan di bawah ISA – walaupun tujuan asal ISA ialah untuk menentang komunis)
Hanya di zaman Mahathir orang ramai yang berhimpun secara aman mendesak keadilan dan PM berundur dipukul dan tangkap dengan ganas.
Hanya di zaman Mahathir memegang Kementerian Dalam Negeri terdapat penderaan terhadap tahanan yang paling tinggi.
Hanya di zaman Mahathir terdapat ulamak dan guru agama dibunuh berserta dengan pengikutnya secara beramai-ramai.
Hanya di zaman Mahathir terdapat ulamak-ulamak dan guru agama bersepakat bangkit beramai-ramai menentang kezaliman dan ketidakadilan pemerintah.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM mencabar sunnah Nabi Rasulullah s.a.w. dengan pelbagai kehinaan.
Hanya di zaman Mahathir ulamak dihina dan difitnah dengan pelbagai bentuk.
Hanya di zaman Mahathir negara kita ditimpa dengan bencana alam yang paling banyak. Dari puting beliung Greg, beberapa tanah runtuh, tragedi-tragedi bot karam, kemalangan jalanraya yang tinggi bilangannya dan sebagainya.
Hanya di zaman Mahathir terdapat angka penagih dadah yang tertinggi.
Hanya di zaman Mahathir terdapat kes penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak yang paling tinggi.
Hanya di zaman Mahathir terdapat paling tinggi bilangan akta yang dibentangkan dan diluluskan.
Hanya di zaman Mahathir terdapat pertentangan langsung di antara institusi Raja dan PM.
Hanya di zaman Mahathir kita dapati mereka yang menegur kepincangan pentadbiran akan disaman.
Hanya di zaman Mahathir seorang menteri atau timbalan menteri bagi halehwal undang-undang dipilih dari mereka yang tidak mempunyai kelulusan undang-undang.
Hanya di zaman Mahathir seorang Ketua Hakim Negara dipecat.
Hanya di zaman Mahathir peguam yang membela anak melayu mangsa rogol disumbat ke dalam penjara.
Hanya di zaman Mahathir magsa rogol disumbat ke pusat pemulihan akhlak manakala perogol bebas membuaskan lagi akhlaknya yang buruk.
Hanya di zaman Mahathir seorang Ketua Menteri dituduh merogol kanak-kanak di bawah umur tetapi tidak dilucutkan keanggotaan parti.
Hanya di zaman Mahathir seorang Menteri Besar ditangkap dengan wang berjumlah jutaan ringgit di luar negara.
Hanya di zaman Mahathir seorang menteri yang dituduh terlibat dengan pembunuhan masih kekal menjadi seorang menteri kabinet. Malah dinaikkan pangkat dari timbalan menteri.