Hanya di Zaman Mahathir (Bahagian 3)

  1. Hanya di zaman Mahathir seseorang Timbalan PM dipaksa meletak jawatan.
  2. Hanya di zaman Mahathir seorang bekas Timbalan PM dihadapkan ke mahkamah.
  3. Hanya di zaman Mahathir seorang bekas menteri ditahan dalam tahanan polis dan dipukul hinga pengsan.
  4. Hanya di zaman Mahathir seorang rakyat Malaysia dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk menggorat isteri orang, mengadakan seks luar nikah, melakukan seks beramai-ramai, meliwat, rasuah, agen negara asing, membocor rahsia kerajaan, dan berbagai lagi. Belum pernah dalamm sejarah Malaysia terdapat seorang rakyat Malaysia yang dituduh dengan sebegitu banyak kesalahan.
  5. Hanya di zaman Mahathir seorang PM terpaksa membentang belajawan negara di parlimen.
  6. Hanya di zaman Mahathir seorang PM dikritik oleh pemimpin asing di negara sendiri dalam majlis yang turut dihadirinya.
  7. Hanya di zaman Mahathir seorang PM paling kurang melawat kawasan kampung dan desa di negara sendiri tetapi paling banyak melawat negara luar.
  8. Hanya di zaman Mahathir seorang PM melawat Jepun beberapa kali setahun setiap tahun.
  9. Hanya di zaman Mahathir seorang PM Malaysia terpaksa bertemu dengan seorang Timbalan Menteri Kewangan negara luar – amat memalukan (ketika melawat negara Jepun baru-baru ini).
  10. Hanya di zaman Mahathir seorang PM tidak diberi sambutan dalam lawatan-lawatan dan majlis ucapan rasmi di negara sendiri.
  11. Hanya di zaman Mahathir seorang PM tidak suka lawatan Timbalannya diberi sambutan besar-besaran oleh negera luar.
  12. Hanya di zaman Mahathir anak-anak PM menjadi kaya raya dan "billionaire" semasa bapa mereka masih menjadi PM. (Tidak bagi Tunku, Tun Razak mahupun Tun Hussien ketika mereka menjawat jawatan tersebut).
  13. Hanya di zaman Mahathir anak-anak para menteri, menteri besar dan timbalan menteri menjadi kaya raya dan "billionaire" semasa bapanya menjawat jawatan tersebut. (ketika Tunku, Tun Razak mahupun Tun Hussien).
  14. Hanya di zaman Mahathir saudara-mara dan ipar duai seorang PM (semasa masih jadi PM) menjadi kaya raya dengan memperolehi pelbagai kontrak dan projek kerajaan.
  15. Hanya di zaman Mahathir kerajaan memberi pelbagai kontrak dan projek kepada syarikat-syarikat anak-anak seorang PM.
  16. Hanya di zaman Mahathir kerajaan terpaksa membantu syarikat-syarikat anak-anak seorang PM apabila perniagaan mereka dilanda masalah.
  17. Hanya di zaman Mahathir seorang bapa saudara kepada anak PM menjadi Pengerusi Tabung Haji memberi kontrak kepada anak saudaranya untuk kontrak penerbangan jemaah haji.
  18. Hanya di zaman Mahathir terdapat seorang anak PM menjadi ahli jawatankuasa (exco) Pemuda UMNO pusat semasa bapanya masih menjawat jawatan PM.

bersambung ...

Ibrahim Baba

4 Jun 1999.