Provokasi Terhadap PAS Kian Memuncak
7 June, 1999 - UMNO melalui JKKK Kampong Seri Jaya, Batu Gajah Perak dalam mesyuaratnya yang berlangsong pada 8 Mei, 1999 lalu telah memutuskan antara lain berkenaan dengan penurunan bendera PAS.
AJK Kampong Seri Jaya dikatakan mencapai muafakat untuk menurunkan bendera PAS di sekitar kampong tersebut dengan bantuan pihak polis. Keputusan itu dicapai kerana AJK mendakwa dengan berkibarnya bendera PAS di kampong tersebut dan sekitarnya maka keharmonian dan kesejahteraan penduduk setempat akan terancam.
Rasionalnya, apakah kibaran bendera PAS itu punca keharmonian dan kesejahteraan penduduk? Provokasi terhadap PAS nampaknya kian memuncak. UMNO bertindak liar dan tidak mengikut lunas undang-undang kerana setiap keputusan mesti memihak kepada mereka. Apakah mereka tidak sedar bahawa yang menggantungkan bendera itu juga rakyat tempatan?
Jika UMNO ingin gantung bendera, silakan. Tapi jangan cuba sentuh orang lain punya. Usah takut dan gusar pada secebis kain yang mempunyai lambang bulan purnama!
Mr canggih