Hanya di zaman Mahathir kediaman rasmi PM dibina sebanyak dua kali (dua buah).
Hanya di zaman Mahathir projek raksasa diutamakan lebih dari menaikkan taraf hidup golongan orang miskin.
Hanya di zaman Mahathir negara kita dilanda kegawatan ekonomi sebanyak dua kali.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM dibenci oleh kanak-kanak kecil (kata beliau sendiri dalam ucapannya baru-baru ini).
Hanya di zaman Mahathir seorang Menteri Pendidikan terpaksa menghadirkan diri untuk majlis orientasi (bukan konvokesyen) UKM, Universiti Telekom dan beberapa buah pusat pengajian lain (belum pernah dalam sejarah UKM sebelum ini).
Hanya di zaman Mahathir majlis khas untuk membasuh fikiran bakal siswa/I universiti diadakan di setiap negeri dan dihadiri oleh seorang menteri Pusat dan Menteri Besar negeri masing-masing. Dan terpaksa dibuat sekali lagi nanti kerana yang pertama tidak berkesan.
Hanya di zaman Mahathir parti-parti pembangkang bersatu membentuk pakatan menentang parti pemerintah. Dalam beberapa pilihanraya lalu dan yang akan datang.
Hanya di zaman Mahathir ketua-ketua pengarang akhbar dan stesen TV dipecat serentak.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM Malaysia disenaraikan sebagai musuh utama agensi berita antarabangsa.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM Malaysia disenaraikan oleh Time International sebagai salah seorang dari lima ketua negara di dunia yang sedang sakit tenat.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM mengkritik barat tetapi masih mengekalkan penasihat-penasihat barat.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM mengkritik barat tetapi anaknya sendiri pernah mengkahwini orang barat.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM mengkritik intitusi kewangan dan pakatan kewangan Yahudi (termasuk Soros) tetapi mengambil penasihat-penasihat kewangan Yahudi.
Hanya di zaman Mahathir rakyat Israel diberi kebenaran rasmi untuk melawat Malaysia.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM dilantik dari oarng yang pernah dipecat dari parti UMNO.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM pernah mengkritik PM sebelumnya tetapi kini melakukan perkara-perkara yang sama dengan apa yang pernah dikritiknya dulu.
Hanya di zaman Mahathir seorang PM turut memegang peranan sebagai seorang penyiasat, pendakwa, dan hakim serentak.
Hanya di zaman Mahathir mufti-mufti dipecat atau diberi amaran kerana tegas melaksanakan tanggung jawab dan amanah mereka.
Hanya di zaman Mahathir pemilihan pimpinan UMNO terpaksa dibatalkan untuk kali ini dan ditangguh kerana takut kedudukannya dan kuncu-kuncunya tercabar.
Hanya di zaman Mahathir terdapat dua orang menteri kanan terpaksa diberhentikan (letak jawatan ?) serentak.