ILMU
SULUH BUDIMAN (Tamatnya riwayat Ibu)Hari ini (14/06/1999) tercatat didalam sejarah perguruan negara dimana berlakunya peristiwa Konvokesyen IPSI (
SITC@MPSI) yang Ke 71. Dengan berakhirnya Konvokesyen ini maka berakhirlah kumpulan penuntut IPSI yang terakhir. Suasana sedih dan pilu menyelubungi semua graduan, pensyarah, para ibubapa dan semua yang hadir.Saya menghadiri konvo ini kerana meraikan adik saya yang menjadi penuntut kumpulan terakhir IPSI.IPSI adalah satu-satunya pusat pengajian tinggi yangmula-mula ditubuhkan dan diperuntukkan kepada kaum melayu sejak dari tahun 1924 lagi. Betapa ramai guru-guru yang telah dihasilkan oleh Ibu (IPSI) ini sejak sekian lama. Tun Awang Had Saleh, Tun Ghafar Baba, Cikgu Abdul Rahman serta ramai lagi telah dihasilkan dari institusi ini.Tidak dinafikan dengan keujudan IPSI ini telah dapat memangkinkan budaya ilmudan perguruan sehingga ianya mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan sekarang ini. Mutu guru-guru yang dihasilkan disini tetap terpelihara tahun demi tahun.
Betapa berbangganya bapa saya bila mendapat tahu adik saya juga dapat belajar di IPSI. Ini kerana bapa saya juga adalah hasilan dari SITC. Saya pun turut berasa bangga kerana terdapatnya satu-satu institusi pengajian tinggi yang tersohor dan terlama yang menjadi tempat bertumpunya kebudayaan dan keilmuan melayu selama ini.Bahkan pada pendapat saya, bolehlah kiranya IPSI ini diiktirafkan setaraf dengan Harvard ataupun Oxford. Ini kerana 'prestij'nya institusi ini. Betapa berbangganya kaum melayu akan institusi ini. Satu lagi institusi yang menjadi kebanggaan kaum melayu ialah MPPM (Maktab Perguruan Perempuan Melayu Durian Daun Melaka). Betapa bangsa melayu dapat meneruskan perjuangan meninggikan taraf akademik semua bangsa dengan kesinambungan IPSI dan MPPM.
Akan tetapi hari ini, kerana pengaruh dan kuasa serta ketamakan yang tidak sudah maka tamatlah riwayat IBU (IPSI) dengan kehinaan. Kenapa saya mengatakan tamatnya riwayat IBU dalam kehinaan? Ini adalah kerana upacara penutupan kumpulan pelajar terakhir IPSI sewajarnya diberikan sambutan yang baik malah perlulah 'prestij'.
Senario yang berlaku di IPSI hari ini seperti satu majlis penyampaian hadiah untuk budak-budak tadika. Sistem TV Litar Tertutup cuma disediakan dua sahaja, manakala upacara yang panjang kelihatan hambar. Ramai dikalangan para ibubapa yang terpaksa berdiri diluar dewan (dengar khabarnya disewa daripada UPSI pada kadar yang mahal) kerana tidak disediakan kerusi.
Malah khemah juga tidak disediakan walaupun keadaan cuaca yang terik diluar dewan. Para graduan pula cuma dibenarkan menjemput seorang waris untuk diberikan tempat didalam dewan. Tiada sambutan yang menampakkan satu majlis konvokesyen akan diadakan.
Malah penduduk sekitar Tanjung Malim juga tidak sedar akan majlis ini diadakan. UPSI terus mengadakan kuliah tanpa menunjukkan satu rasa hormat kepada majlis konvo IPSI. Malah terdapat beberapa pelajar UPSI dengan lagaknya (angkuh) mencebikkan muka kepada majlis konvo IPSI ketika melalui kawasan sekitar dewan.
Sewajarnya UPSI boleh mewartakan bahawa hari ini adalah cuti peristiwa dimana dengan adannya cuti ini dapat memungkinkan satu kerjasama yang baik antara UPSI dan IPSI serta membolehkan UPSI menyediakan petugas sokongan. Akan tetapi apa yang berlaku ialah MPPM pula yang telah menghantarkan satu kumpulan sokongan untuk menjayakan majlis ini bersama-sama sekolah-sekolah berhampiran. Naib Cancelor UPSI dan Timbalannya sekadar datang menunjukkan muka (dengan muka tak malunya) dan tidak memberikan sokongan kepada majlis ini. Bukankah Naib Cancelor UPSI dahulu pernah menjadi Pengetua IPSI.Tidakkah dia ingin menunjukkan rasa hormat dan sayangnya kepada IPSI.
Memanglah pada dasarnya wajar IPSI dinaiktarafkan kepada UPSI, akan tetapi janganlah menganaktirikan dan menghina IPSI dengan ujudnya UPSI. Tidakkah UPSI diujudkan kerana IPSI. Tidak malukah warga UPSI kerana mengutuk IPSI sedangkan mereka sendiri menggunakan bangunan serta nama (Perguruan Sultan Idris). Tidakkah ada rasa hormat didalam diri-diri mereka. Mungkin ada diantara mereka (warga UPSI) yang pernah dahulunya menjadi warga IPSI.
IPSI tinggal kenangan. Pada 1 Julai ini penutupan sepenuhnya akan berlaku. Sediah rasanya untuk mengenangkan kehinaan yang IBU terima setelah sekianlama berkhidmat dan berbakti. Tambah sebak lagi ketika lagu rasmi IPSI iaitu IlmuSuluh Budiman dinyanyikan bersama-sama oleh semua yang hadir. Kesemua yang hadir menitiskan air mata walaupun kesedihan ini tidak sepatutnya berlaku. Rasa geram, marah, benci dan berbagai lagi terus menerus bersarang didalam hati. Mahu rasanya saya menyebutkan kalimah REFORMASI ketika berada didalam dewan tersebut. Akan tetapi ianya tidak mahu terucap. Cuma air mata sahaja yang dapat mengiringi pemergian IBU.
Wahai IBU, setelah sekian lama dirimu menjadi lilin yang menerangi kehidupan ini, kehinaan sebegini yang engkau terima. IBUku, bangsaku juga yang membuat keputusan untuk menamatkan riwayat engkau. Aku malu dengan bangsaku yangtidak perihatin dengan dirimu IBU. IBU, kehidupanku kini kosong setelahpemergianmu. Dapatkah kiranya aku menghidupkan dirimu kembali dimasa akan datang? Aku berharap engkau tidak sedih atas nasib yang menimpamu.Kenangan bersamamu IBU akan terus hidup dihatiku, selagi mana masih ada anak-anak yang pernah engkau lahirkan meneruskan perjuangan ini. IBU, engkaulah sewajarnya dihormati dan kesinambunganmu perjuanganmu perlu diteruskan. Aku berdoa agar IBU akan tetap berada didalam tiap hati sanubarianak-anak kelahiranmu.Wahai bangsaku bangsa melayu, tidakkah engkau berasa malu dengan tamatnya riwayat IPSI (100% melayu) dan digantikan dengan UPSI (tiada ujudnya kuota melayu).
Kalau bangsa melayu tidak berasa malu dengan kenyataan ini, sewajarnya bangsa melayu tetap mundur dan dihina. Aku sendiri dah malu denganbangsa melayu. Bilalah agaknya melayu ini hendak sedarkan dirinya. Takkanlahselama-lamanya mahu ditipu oleh bangsa lain (Mamak Kutty dan sebagainya)
Salam Islah DariKetua Perusuh
(Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)