BERSIAP SEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!

Melihat kepada perkembangan politik tanahair sehingga kehari ini adalah diperhatikan bahawa suara rakyat dan juga suara parti parti pembangkang tidak dihiraukan olih pemerintah Yang zalim ini. Apa yang mereka hendak buat mereka akan buat ikut sesuka hati mereka. Rakyat dan parti pembangkang hanya dapat menyuarakan bangkangan dan bantahan melalui Ceramah ceramah di tempat tempat tertentu sahaja.

Segala bentuk media baik surat khabar atau TV dan radio yang merupakan perantaran resmi antara pemerintah dan rakyat telah disalah gunakan hanya untuk mengeluarkan maklumat. Yang berat sebelah iaitu hanya memihak kepada kerajaan sahaja (dibaca sebenarnya untuk menonjolkan kekuatan seorang ketua yang telah tidak diterima rakyat seolah olah dia masih diperlukan lagi).

Sungguh pun pihak parti pembangkang seperti PAS , Keadilan dan lain lainnya giat menganjurkan Ceramah dimerata tempat, tetapi impaknya terhadap seluruh rakyat amat kurang dan tidak sekuat Impak jika siarannya dapat disiarkan melalui TV /radio dan akhbar akhbar. Sebab itulah Pemerintah bolih buat pekak telinga jika parti parti pembangkang menyuarakan bantahan atau pun menjawab tohmahan pemerintah terhadap parti parti pembangkang.

Permainan politik zaman Mahathir adalah merupakan permainan politik terkotor yang pernah terjadi didalam dunia ini. Cara pemerintahan yang amat tidak munasabah dan tidak masuk akal. Memang sudah nampak sedikit demi sedikit semenjak mereka diberi mandat memerintah pada tahun 1995 dengan majoriti 2/3. Kemuncak ketidak munasabah nya ialah trajedi pemecatan, cara menangkap dan bentuk layanan dalam penjara yang di beri terhadap DSAI.

Justeru itu, mana mana parti pembangkang memang akan terpaksa menempuh jalan yang amat sukar untuk menumbangkan Kerajaan yang kotor dan jijik ini. Zaman beliaulah setiap media resmi kerajaan telah digunakan dengan semaksimanya memihak kepada beliau. Maka itu seluruh umat Islam di negara ini perlukan kekuatan dalaman yang amat tinggi untuk menumbangkan pemerintah yang zalim ini.

Sesungguhnya wahai umat Islam sekelian, kita telah dinafikan hak kita untuk mengamalkan Islam secara total. Islam yang kita bolih praktikkan dibawah zaman Mahathir ini pun Islam yang mengikut caturan mereka. Mereka takut umat Islam berpegang kepada Allah semata mata ..mereka tidak mahu Islam berkembang dan subur dibumi tercinta ini. Kenapa?? Kerana mereka tahu jika orang Islam benar-benar berpegang kepada tali Allah (iaini ALQuran) umat Islam tidak akan tunduk kepada mereka. Kerana umat Islam yang sebenar benarnya hanya takut dan tunduk kepada Allah semata mata.

Sebab itu lah kalau ada ceramah ceramah yang disampaikan olih ustaz ustaz yang mengatakan yang HAK berdasarkan ALQuran dan Hadis mereka akan gam atau memburuk burukkan penceramah seperti ini. Kerana apa?? Kerana apabila ALQuran dan Hadis yang dijadikan rujukan para ustaz ini. Dan hanya menceritakan perkara yang HAK iaitu tidak dapat tidak ianya menceritakan hal perangai manusia ,samada manusia itu seorang rakyat biasa atau pun seorang pemimpin.

Maka yang selalunya dijadikan mangsa gam mengegam ini ialah ustaz ustaz yang ingin menyatakan apa yang Allah Ceritakan dalam AL Quran.Kalau terkena batang hidung seseorang pemimpin maka sewajibnya pemimpin itu memperbetulkan kesilapannya agar ia menjadi pemimpin Islam yang menjalankan tanggungjawabnyaBercirikan pemimpin yang disebutkan dalam ALQuran bukan menyalahkan ustaz yang menceritakan hal yang sebenar.

Bersama sama ini saya senaraikan beberapa tajuk kaset yang saya telah dengar dan menambahkan fahaman tentang kaitan ugama Islam dengan politik yang sebenarnya. Kalau ikut kata ‘orang itu’ugama dan politik tidak bolih disatukan. Orang ugama kena cakap bab ugama sahaja. Orang politik bolih buat apa sahaja yang dia rasa betul mengikut undang undang yang dia cipta. Inilah yang terjadi pada nasib DSAI!!!!!!

Kaset kaset olih penceramah Ustaz Shamsuri hj.Ahmad

  1. Hati yang mati
  2. Karat jahiliah
  3. Islam kembali dagang
  4. Peristiwa akhir zaman
  5. 18 golongan
  6. Kelabu asap
  7. Umrah dan Haji (terkini)

Kaset kaset olih Ustaz Ismail bin Kamus

  1. Malaysia Negara Sekular
  2. Nilai akal untuk kebahagiaan dunia/akhirat
  3. Memilih pemimpin yang adil
  4. Hindari Doa orang yang dizalimi
  5. Bila pemimpin mengumpul harta
  6. Islam kah negara kita?

Sebenarnya banyak lagi kaset kaset yang telah saya dengar dan kumpul memadailah yang tersenarai disini. Jenguk jenguklah digerai gerai pasar malam dan saudara akan dapati banyak lagi. Apabila telinga kita diasak dengan ceramah ceramah ugama ini, dan mendapat fahaman yang lebih jelas tentang Islam Yang kita mengaku sebagai ugama kita,maka apa pun fitnah atau tipu daya dari pemerintah tidak akan menggugat kita malah kita akan lebih kuat dan bersemangat untuk menegakkan negara Islam dibumi tercinta ini.

Kongsi kongsilah bersama keluarga ,rakan rakan dan jiran sekeliling saudara sekelian agar kita sama-sama mendapat faedah daripada mendengar kaset kaset ceramah ini. Akhir sekali saudara , kita rakyat Malaysia ini adalah rakyat yang paling malang didunia ini kerana telah dipermainkan olih pemerintah yang zalim lagi taghut ini baik dari segi pembangunan ekonominya, sosialnya , politiknya dan ugamanya. Hanya satu sahaja senjata yang ada pada orang orangMukmin iaitu-------DOA! Berdoa lah kita senantiasa agar seluruh pemerintahan yang zalim ini hancur lebur!!!.

ESJAY