Himpunan Hanya di Zaman Mahathir
Terdapat banyak perkara yang berlaku hanya di zaman pemerintahan Dr. Mahathir yang sudah menjangkau 18 tahun. Tempuh 18 tahun adalah suatu jangkamasa yang amat lama bagi seseorang pemerintah kerajaan di dunia dalam abad 20an. Jika dicarikan pemimpin-pemimpin negara lain yang turut memerintah dengan tempoh yang lama bolehlah buat kesimpulan bahawa kesemua mereka mempunyai ciri-ciri yang lazimnya dikategorikan sebagai pemerintah kuku-besi (diktator).
Mereka ini termasuk Ferdinand Marcos (1966 – 1986), Suharto (1966 – 1998), François "Papa Doc" Duvalier dan Jean-Claude "Baby Doc" Duvalier (1957 - 1986), General Augusto Pinochet (1973-1990), Nicolae Ceausescu (1965 - 1989), Saddam Hussien, Fidel Castro dan Muammar Gaddaffi. Beberapa perkara yang ketara dan jelas dari fakta sejarah ialah bahawa sepanjang pemerintahan pemimpin-pemimpin di atas tadi, penuh dengan penindasan, kezaliman, kediktatoran, penipuan, rasuah, nepotisme dan yang penting ialah rakyat jelata merana dan menyebabkan mereka bangkit menentang sehabis-habisnya.
Sepanjang zaman pemerintahan mereka juga, seluruh jentera media kerajaan melaungkan sokongan bulat kepada pemerintah dan mereka yang mendampingi golongan pemerintah mendapat pelbagai habuan kekayaan dan keistimewaan. Senarai 101 perkara yang berlaku Hanya di Zaman Mahathir berikut adalah himpunan (dan disusun semula) serta tambahan dan penutup bagi 4 bahagian yang telah pun disiarkan di dalam laman-laman reformasi utama sebelum ini. (Terima kasih kepada webmasters semua).
Saya yakin senarai ini bukannya suatu yang lengkap (exhaustive). Saya percaya saudara-saudari dapat menambah banyak lagi perkara-perkara yang berlaku Hanya di Zaman Mahathir. Perkara-perkara yang aneh. Perkara-perkara yang berbentuk penindasan, kezaliman, kerakusan berpolitik, dan pelbagai lagi.
- Hanya di zaman Mahathir - parti UMNO terpaksa dibubarkan.
- Hanya di zaman Mahathir - UMNO menjadi UMNO fotostat (bukan asli/original) kerana yang asli dan tulen sudah berkubur.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang Presiden parti UMNO menang tipis untuk kekalkan kerusi Presiden parti (itu pun dibantu dengan pelbagai penyelewengan).
- Hanya di zaman Mahathir - para menteri UMNO dilantik dari kalangan mereka yang telah ditolak oleh ahli parti sendiri (yang tewas dalam pemilihan MT).
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat paling ramai mereka yang telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya dilantik sebagai menteri dan timbalan dengan penyalahgunaan kuasa oleh PM melantik senator.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang Ketua Wanita tidak dilantik sebagai menteri penuh (sehingga selepas 2 dua tahun) manakala orang yang ditolak sebagai Ketua Wanita diambil sebagai menteri penuh. Suara Wanita tidak langsung diwakili di kabinet.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang Ketua Pemuda tidak menjawat sebarang jawatan menteri, menteri besar atau pun timbalan menteri, manakala naibnya diberi jawatan.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat bekas Timbalan PM yang paling ramai (3 orang)
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat bekas Timbalan PM yang masih hidup tetapi tidak menjadi PM (di zaman Tun Razak, satu-satunya bekas Timbalan PM meninggal dalam jawatan)
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat kemelut parti di mana ahli keluar parti secara ramai-ramai sebanyak dua kali.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat paling banyak bilangan cawangan dan bahagian UMNO dibubarkan (dan berlaku dua kali).
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat anggota kabinet yang melebihi umur 55 tahun yang paling ramai pada satu-satu masa dan purata umur kesemua ahli kabinet (dari semua parti) mencapai umur paling tinggi.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang Setiausaha Agong UMNO digantikan dengan seorang yang lebih tua umurnya. (Khalil 61 Sabaruddin 58).
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM diejek, diboo dan dibaling dengan pelbagai benda oleh anggota parti sendiri selepas mempengerusi mesyuarat parti.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang Naib Presiden parti menentang Presiden untuk kerusi Presiden. (Sulaiman Palestin bukan pimpinan kanan parti ketika menentang Hussien Onn)
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM tidak mewakili mana-mana parti, ketika UMNO dibubarkan.
- Hanya di zaman Mahathir - pemilihan pimpinan UMNO terpaksa dibatalkan untuk kali ini dan ditangguh kerana takut kedudukannya dan kuncu-kuncunya tercabar.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat dua orang menteri kanan terpaksa diberhentikan (letak jawatan ?) serentak.
- Hanya di zaman Mahathir - para pemimpin UMNO tidak mempunyai pendirian dan prinsip kerana sanggup bersekongkol dengan pelbagai dakyah, hasutan, fitnah dan pinipuan yang dilakukan di kalangan mereka.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat ramai ahli dan pemimpin UMNO yang gemar meludah ke langit dan menjadi penjilat xxxxx.
- Hanya di zaman Mahathir - bekas-bekas Perdana Menteri (Tunku dan Hussien Onn) bersepakat menentang seorang PM.
- Hanya di zaman Mahathir - perlantikan Menteri Besar ditolak secara beramai-ramai oleh keseluruhan ADUN dari parti sama.
- Hanya di zaman Mahathir - beberapa Menteri Besar dilantik bukan dari Timbalan Menteri Besar.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM dilantik dari generasi kedua pendatang luar dan berketurunan India.
- Hanya di zaman Mahathir - rakyat dari pelbagai bangsa berhimpun melebihi ratusan ribu berhimpun menentang PM dan meminta seorang PM undur.
- Hanya di zaman Mahathir - perhimpunan dan ceramah parti pembangkang mencapai angka 100,000 ribu (bukan sekali dua) hadirin.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat mereka yang menentang kepimpinan parti disumbat ke dalam ISA. (Mahathir tidak ditangkap atau pun dipanggil ke Bukit Aman semasa menentang Tunku).
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat bilangan paling ramai mereka yang ditahan di bawah ISA (melebihi bilangan anggota komunis yang ditahan di bawah ISA – walaupun tujuan asal ISA ialah untuk menentang komunis)
- Hanya di zaman Mahathir - orang ramai yang berhimpun secara aman mendesak keadilan dan PM berundur dipukul dan tangkap dengan ganas.
- Hanya di zaman Mahathir - memegang Kementerian Dalam Negeri penderaan terhadap tahanan mencapai bilangan yang paling tinggi.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat ulamak dan guru agama dibunuh berserta dengan pengikutnya secara beramai-ramai.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat ulamak-ulamak dan tokoh-tokoh agama bersepakat bangkit beramai-ramai menentang kezaliman dan ketidakadilan pemerintah.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM mencabar sunnah Nabi Rasulullah s.a.w. dengan pelbagai kehinaan.
- Hanya di zaman Mahathir - ulamak dan tokoh-tokoh agama dihina dan difitnah dengan pelbagai bentuk.
- Hanya di zaman Mahathir - mufti-mufti dipecat atau diberi amaran kerana tegas melaksanakan tanggung jawab dan amanah mereka berlandaskan ajaran Islam.
- Hanya di zaman Mahathir - tokoh-tokoh agama UMNO sanggup menghina, mencaci dan mengherdik kesucian Islam, Al Qur’an dan Sunnah. Sehingga hari ini tidak seorang pun yang berani bersuara (termasuk JAKIM) bila Mahathir menghina Nabi dalam hal janggut dan banyak perkara lain lagi.
- Hanya di zaman Mahathir - negara kita ditimpa dengan bencana alam yang paling banyak. Dari puting beliung Greg, beberapa tanah runtuh, tragedi-tragedi bot karam, kemalangan jalanraya yang tinggi bilangannya dan sebagainya.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat angka penagih dadah yang tertinggi.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat kes penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak yang paling tinggi.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat paling tinggi bilangan akta yang dibentangkan dan diluluskan.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat pertentangan langsung di antara institusi Raja dan PM.
- Hanya di zaman Mahathir - kita dapati mereka yang menegur kepincangan pentadbiran akan disaman.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang menteri atau timbalan menteri bagi hal ehwal undang-undang dipilih dari mereka yang tidak mempunyai kelulusan undang-undang.
- Hanya di zaman Mahathir – seseorang yang kalah dalam pilihanraya dilantik menjadi senator untuk diambil sebagai timbalan menteri kerajaan bagi menjaga kepentingan parti dan bukan untuk kepentingan rakyat jelata.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang Ketua Hakim Negara dipecat.
- Hanya di zaman Mahathir - peguam yang membela anak melayu mangsa rogol disumbat ke dalam penjara.
- Hanya di zaman Mahathir - magsa rogol disumbat ke pusat pemulihan akhlak manakala perogol bebas membuaskan lagi akhlaknya yang buruk.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang Ketua Menteri dituduh merogol kanak-kanak di bawah umur tetapi tidak dilucutkan keanggotaan parti.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang Menteri Besar ditangkap dengan wang berjumlah jutaan ringgit di luar negara.
- Hanya di zaman Mahathir - tidak ada di kalangan ADUN UMNO yang layak dan bersih untuk menjadi Menteri Besar hingga terpaksa diadakan pilihanraya kecil untuk mencari ADUN baru yang bukan dari kalangan ADUN yang ada.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang menteri yang dituduh terlibat dengan pembunuhan masih kekal menjadi seorang menteri kabinet. Malah dinaikkan pangkat dari timbalan menteri.
- Hanya di zaman Mahathir - seseorang Timbalan PM dipaksa meletak jawatan.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang bekas Timbalan PM dihadapkan ke mahkamah.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang bekas menteri kanan ditahan dalam tahanan polis dan dipukul hingga pengsan dan lebam-lebam.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang rakyat Malaysia dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk menggorat isteri orang, mengadakan seks luar nikah, melakukan seks beramai-ramai, meliwat, rasuah, agen negara asing, membocor rahsia kerajaan, dan berbagai lagi. Belum pernah dalamm sejarah Malaysia terdapat seorang rakyat Malaysia yang dituduh dengan sebegitu banyak kesalahan.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM terpaksa membentang belajawan negara di parlimen.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM dikritik oleh pemimpin asing di negara sendiri dalam majlis yang turut dihadirinya.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM paling kurang melawat kawasan kampung dan desa di negara sendiri tetapi paling banyak melawat negara luar.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM melawat Jepun beberapa kali setahun setiap tahun.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM Malaysia terpaksa bertemu dengan seorang Timbalan Menteri Kewangan negara luar untuk memohon bantuan kerajaan Jepun – amat memalukan (ketika melawat negara Jepun baru-baru ini).
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM tidak diberi sambutan dalam lawatan-lawatan dan majlis ucapan rasmi di negara sendiri.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM tidak suka lawatan Timbalannya diberi sambutan besar-besaran oleh negera luar melebihi dari sambutan yang diberi ke atasnya.
- Hanya di zaman Mahathir - anak-anak PM menjadi kaya raya dan "billionaire" semasa bapa mereka masih menjadi PM. (Tidak bagi Tunku, Tun Razak mahupun Tun Hussien ketika mereka menjawat jawatan tersebut).
- Hanya di zaman Mahathir - anak-anak para menteri, menteri besar dan timbalan menteri menjadi kaya raya dan "billionaire" semasa bapanya menjawat jawatan tersebut. (ketika Tunku, Tun Razak mahupun Tun Hussien).
- Hanya di zaman Mahathir - saudara-mara dan ipar duai seorang PM (semasa masih jadi PM) menjadi kaya raya dengan memperolehi pelbagai kontrak dan projek kerajaan.
- Hanya di zaman Mahathir - kerajaan memberi pelbagai kontrak dan projek kepada syarikat-syarikat anak-anak seorang PM.
- Hanya di zaman Mahathir - kerajaan terpaksa membantu syarikat-syarikat anak-anak seorang PM apabila perniagaan mereka dilanda masalah.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang bapa saudara kepada anak PM menjadi Pengerusi Tabung Haji memberi kontrak kepada anak saudaranya untuk kontrak penerbangan jemaah haji.
- Hanya di zaman Mahathir - terdapat seorang anak PM menjadi ahli jawatankuasa (exco) Pemuda UMNO pusat semasa bapanya masih menjawat jawatan PM.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang anak PM menjadi penggalak budaya homoseksual. Ini terbukti bila Ibrahim Ali menubuh persatuan menentang pengamal homoseks (PASRAH) Marina menentang.
- Hanya di zaman Mahathir - anak seorang PM berani mengherdik ulama’ kerana kurang memberi sambutan terhadap kaedah anti-AIDS yang tidak berlandas ajaran Islam dengan menggalakkan seks bebas. (Marina hendak adakan mesin vending untuk jual kondom).
- Hanya di zaman Mahathir - anak perempuan PM mendapat gelaran Datin (Paduka) atau apa-apa gelaran seumpamanya semasa bapanya menjawat kedudukan PM.
- Hanya di zaman Mahathir - kediaman rasmi PM dibina sebanyak dua kali (dua buah).
- Hanya di zaman Mahathir - projek raksasa diutamakan lebih dari menaikkan taraf hidup golongan orang miskin.
- Hanya di zaman Mahathir - negara kita dilanda kegawatan ekonomi sebanyak dua kali.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM dibenci oleh kanak-kanak kecil (kata beliau sendiri dalam ucapannya baru-baru ini).
- Hanya di zaman Mahathir - seorang Menteri Pendidikan terpaksa menghadirkan diri untuk majlis orientasi (bukan konvokesyen) UKM, Universiti Telekom dan beberapa buah pusat pengajian lain (belum pernah dalam sejarah UKM sebelum ini).
- Hanya di zaman Mahathir - majlis khas untuk membasuh fikiran bakal siswa/i universiti diadakan di setiap negeri dan dihadiri oleh seorang menteri Pusat dan Menteri Besar negeri masing-masing. Dan terpaksa dibuat beberapa kali lagi kerana yang pertama tidak berkesan.
- Hanya di zaman Mahathir - parti-parti pembangkang bersatu membentuk pakatan menentang parti pemerintah. Dalam beberapa pilihanraya lalu dan yang akan datang.
- Hanya di zaman Mahathir - ketua-ketua pengarang akhbar dan stesen TV dipecat serentak.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM Malaysia disenaraikan sebagai musuh utama agensi berita antarabangsa.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM Malaysia disenaraikan oleh Time International sebagai salah seorang dari lima ketua negara di dunia yang sedang sakit tenat.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM mengkritik barat tetapi masih mengekalkan penasihat-penasihat barat.
- Hanya di zaman Mahathir – seorang PM mengkritik barat atas alasan penjajahan cara baru tetapi melutut ke negara luar merayu barat melanggani bon kerajaan.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM mengkritik barat tetapi anaknya sendiri pernah mengkahwini orang barat.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM mengkritik intitusi kewangan dan pakatan kewangan Yahudi (termasuk Soros) tetapi mengambil penasihat-penasihat kewangan Yahudi.
- Hanya di zaman Mahathir - rakyat Israel diberi kebenaran rasmi untuk melawat Malaysia.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM dilantik dari orang yang pernah dipecat dari parti UMNO.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM pernah mengkritik PM sebelumnya tetapi kini melakukan perkara-perkara yang sama dengan apa yang pernah dikritiknya dulu.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM turut memegang peranan sebagai seorang penyiasat, pendakwa, dan hakim serentak.
- Hanya di zaman Mahathir - mengambil cuti untuk tempuh yang lama (dua bulan).
- Hanya di zaman Mahathir - sebahagian besar penduduk Lembah Klang mengalami bekalan air terputus dan ganguan bekalan air untuk tempuh melebihi 6 minggu sedangkan hujan turun dengan lebat di kawasan yang sama.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM menunaikan fardhu Haji tanpa mendapat sambutan oleh kerajaan Saudi.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM menunaikan Haji tetapi tidak diberi liputan oleh media kerajaan (mungkin disengajakan).
- Hanya di zaman Mahathir - seorang yang paling dibenci rakyat mengetuai penerima anugerah oleh Agong.
- Hanya di zaman Mahathir - seorang PM mempunyai isteri bangsa bukan Melayu dan bukan rakyat Malaysia (isteri tambahan di Singapura). (Diberitakan gambar PM dengan isterinya itu yang sedang memakai rantai bersalib akan disiarkan oleh salah seorang rakan webmaster bila sampai masanya nanti).
- Hanya di zaman Mahathir - kejadian curi dan rompak duit rakyat begitu berleluasa.
- Hanya di zaman Mahathir - kita mempunyai seorang PM yang amat gila seks (sex maniac). Setiap musuhnya akan dilabelkan dengan pelbagai perbuatan, perlakuan dan gambaran yang berkisar seks. Baik Anwar, Harun Din, Salleh Abas, dan beberapa lagi. Ini menunjukkan mentaliti Mahathir sendiri yang gilakan perkara berhubung seks.
- Hanya di zaman Mahathir - orang Melayu hilang taraf keistemewaannya dengan pengenalan bangsa dalam kad pengenalan dihapuskan. Kad pengenalan lama mempunyai ruang untuk bangsa dan tidak dalam kad pengenalan baru.
- Hanya di zaman Mahathir - Jabatan Pendaftaran Negara melaporkan begitu ramai orang Melayu yang memohon secara rasmi untuk tukar agama.
- 101. Hanya di zaman Mahathir - orang-orang yang memasuki Islam murtad kembali ke Agama asal mereka secara berleluasa.
Sekian
Ibrahim Baba 15 Jun 1999