UMNO Memfitnah Pembangkang
Sewaktu berkursus di Kuala Lumpur minggu lalu, teman saya berkesempatan menjenguk persediaan UMNO menyambut persidangan agungnya kali ke 53 yang tamat 20 Jun, 1999. Kehadiran teman saya di PWTC tepat pada masanya apabila, beliau berkesempatan mendengar ceramah agama yang diadakan pada malam Jumaat (18 Jun, 1999) di mana keesokannya PM Mahathir dijadualkan memberikan ucapan dasar perhimpunan.
Terdapat 4 orang ahli panel ceramah tersebut yang terdiri daripada Ibrahim Ali (ulama undang-undang UMNO), Hashim Husni, Omar Said dan seorang lagi kawan saya itu gagal mendapatkan namanya.
Ceramah agama sepanjang kira-kira 1 jam yang sempat didengari oleh kawan saya itu asyik menyerang PAS. Berbagai kutukan dikeluarkan terhadap PAS. Perkara ini tak perlulah saya nyatakan kerana rakyat sudah sedia maklum dakyah ulama-ulama UMNO ini.
Apabila PM Mahathir hadir dan duduk bersila bersama penceramah yang disediakan pentas khas di dataran meletak kereta PWTC tersebut, maka ulama undang-undang UMNO terutama si Ibrahim Ali si Katak Lompat apalagi, melompatkan kutukan berapinya terhadap PAS.
Ibrahim Al Kataki mendakwa orang PAS Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur kagum dengan ketinggian banguan KLIA dan Menara Kembar Petronas. Kepala mereka mendongak kekaguman dan asyik berpusing hingga serban mereka jatuh ke tanah. Akhirnya mereka tawaf di sekeliling Menara KLIA dan Menara Kembar Petronas dan tak jadi ke Mekah. Itu berlaku didepannya sendiri, dakwa Ibrahim Si Katak Lompat.
Mengenai 'ampunya' kepada PM Mahathir, Ibrahim Al Kataki menyatakan bahawa jika tahu saya kuat ampu, mengapa anda semua tidak ikut saya ampu, katanya. Beliau amat berbangga menyatakan di depan Mahathir bahawa beliau memang kaki ampu.
Lebih mengampu Ibrahim Si Katak Lompat mengatakan bahawa PM Mahathir adalah Perdana Menteri berjiwa rakyat. Beliau sanggup duduk bersila bersama rakyat. Ini satu bukti bahawa PM Mahathir seorang yang menyenangi rakyat. Rakyat mesti sokong Mahathir, kata Ibrahim Al Kataki.
Kemudian Ibrahim Si Katak Lompat itu juga menyelar ulama Mesir. Yusuf Qardhawi. Beliau katakan Yusuf Qardhawi sama macam Nalakaruppan kerana mempersetujui tindakan Anwar dan bersekongkol dengan mereka.
Akhirnya giliran Omar Said pula mengutuk PAS sampai. Omar kata, beliaulah yang memberikan gelaran 'Tuan Guru' kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz. Oleh kerana beliau meng'anugerah'kan gelaran tersebut, maka beliau menyeru ahli UMNO yang hadir ceramah agama malam tersebut supaya jangan memanggil Nik Aziz sebagai Tuan Guru lagi. Katanya 'Mr. Bean' Kelantan itu tidak layak dipanggil tuan guru.
Kemudian Omar Said mengutuk Mat Sabu. Orang PAS mengapa masih sanjung orang yang berkhalwat, katanya. Berbagai kutukan lagi yang dikeluarkan untuk Mat Sabu dan PAS. Akhirnya kawan saya itu terpaksa berlalu setelah isterinya tidak tahan sakit hati mendengar gelagat ulama UMNO memberikan ceramah mereka malam itu.
Kepada anda rakyat Malaysia, inilah UMNO yang sering kali mengatakan berjuang membela kepentingan ugama, bangsa dan tanahair. Mereka lebih senang mengutuk ulama, menjual bangsa dan menggadaikan tanah air melalui berbagai propaganda mereka.
Mr. Canggih