Perbezaan PAS dengan UMNO. Heboh orang ramai berbicara pasal senarai Mahathir perbezaan UMNO dengan PAS. Beberapa sahabat telah mendebatkan dan berhujjah menyangkal pendapat dangkal Mahathir. Seorang rakan saya menyatakan, kenapa harus kita risau dengan berapa Perbezaan yang Mahathir nak perkatakan. Kerana, kata rakan saya lagi, pada hakikatnya TIADA PERSAMAAN pun di antara PAS dengan UMNO. Memang ada perbezaan. Bukan berbelas - malah lebih lagi. Memang benar. Mahathir hanya nampak perbezaan kerana Mahathir terpaksa mencari alasan untuk membenarkan kesesatan UMNO. Dia terpaksa menerangkan kepada ahli-ahli UMNO supaya ahli-ahli UMNO tidak sedar bahawa mereka sedang disesatkan oleh pemimpin mereka. Tetapi yang jelas dan sudah menjadi hakikat ialah, TIADA PERSAMAAN. Usah kita risau jika kita di atas landasan yang benar. Mereka yang tersesat dan masih mencari-cari akan sentiasa terpaksa membanding dengan suatu yang benar. Insya Allah. Sedikit tambahan, sedarkah saudara sekelian. Mahathir ketika mula menceritakan senarainya, menyatakan bahawa, dia berfikir dan menulis senarai tersebut ketika para perwakilan sedang berucap. Adakah ini bermakna, penat sajalah para perwakilan mengampu Mahathir - sebab dia tak hirau pun – sibuk memikirkan skrip ucapan penangguhan dia. (?) Sekian Ibrahim Baba 23 Jun 1999. |