Kerjaya Politik Zahid Temui Jalan Kehancuran!

Sokongan yang dipersembahkan oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi, bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia semasa berlangsungnya persidangan agung UMNO tempohari tidak membawa manfaat kepada beliau. Malah Zahid kian dibenci kerana bersekongkol dengan perjuangan UMNO yang kian ditolak oleh umat Melayu negara ini.

Perlantikan Abdul Azim Mohamad Zabidi Ketua Pemuda UMNO Kuala Lumpur, sebagai Pengerusi BSN jelas mencerminkan bahawa pengorbanan Zahid tidak mendapat penghargaan pimpinan UMNO, khususnya PM Mahathir Mohamad.

Ramai di kalangan rakyat berpandangan bahawa jika sekiranya Zahid memperteguhkan sokongannya bersama parti Alternatif, perjuangan beliau akan lebih dihormati dan disanjungi. Namun atas dasar tamak kepada kuasa dan wang ringgit, serta tidak yakin kepada perjuangan majoriti rakyat, Zahid telah buta mata hatinya lalu terus tenggelam dalam UMNO yang sudah terbukti tidak pernah memberikan peluang dua kali kepada mereka yang ‘derhaka’ kecuali dalam hal yang melibatkan kepentingan teramat sangat.

Kini sudah jelas kepada Zahid sendiri, bahawa kenyataan beliau yang mengatakan bahawa DSAI yang memintanya mengenengahkan isu kronisme dan nepotisme dalam persidangan agung UMNO 1997 itu, lebih banyak membawa ‘kecelakaan’ daripada pernyataan maaf oleh kepimpinan UMNO terhadap beliau.

Masa depan politik Zahid sudah gelap, samada bersama UMNO mahupun Barisan Alternatif. Apa yang nyata Zahid meludah ke langit, lalu terkena muka sendiri!

Mr. Canggih