Kemana Arah Perjuangan UMNO Kini?
Sebagai bekas AJK UMNO peringkat negeri, saya dapat menyelami bahawa perjuangan UMNO telah bertukar arah. Kalau sebelum 1988, UMNO (lama) saya akui perjuangan para pemimpinnya memartabatkan bangsa dan kepentingan rakyat.
Semenjak PM Mahathir, saya perhatikan bahawa perjuangan itu sudah berubah sama sekali. Saya masuk UMNO sejak ia ditubuhkan dalam tahun 1946 lagi. Di bawah pentadbiran tiga zaman pentadbiran MB iaitu Pak Wan, Ghazali Jawi dan Ramli, saya merasakan bahawa pertukaran arah perjuangan UMNO cukup ketara.
Justeru itu saya menyahut seruan dan cabaran kepimpinan Ramli Ngah Talib supaya saya meletakkan jawatan. Saya sedari bahawa dalam UMNO cukup banyak penyelewengan. Walau pun tidak akan saya nyatakan kesemuanya, namun cukup sekadar untuk pengetahuan umum perjuangan UMNO berpihak kepada kroni dan nepotisme sebagaimana dakwaan Zahid Hamidi.
Semasa pemerintahan Pak Wan saya bersama beberapa AJK UMNO merasa nikmat pembangunan dan faedah sebagai ahli UMNO. Kami menubuhkan syarikat bersama dan berpeluang diberikan konsesi balak dan sekim perumahan. Biarpun sekadar RM30,000 atau RM40,000 seorang yang kami terima pada kira-kira tahun 1970'an, itu sudah cukup melegakan saya dan rakan yang bertungkus lumus dengan perjuangan parti ini.
Tindakan Ramli 'merampas kuasa' daripada Pak Wan berlaku di hadapan saya. Kerana ketamakan kuasa dan tuntutan harta benda, Ramli sanggup pergi sendiri ke Indonesia bersama seorang SB yang saya kenali untuk mencati sesuatu berupa 'guna-guna' bagi menyebabkan Pak Wan jatuh sakit. Tangkal itu ditanam di tepi jalan di mana laluan keluar masok rumah kediaman rasmi MB sebagaimana sekarang. Waktu itu pintu utama keluar masuk ialah berhadapan dengan sekolah SAM TET. Selepas itu Ramli tukarkan pintu utama mengadap jalan Tambun.
Secara serta merta selepas itu Pak Wan sering jatuh sakit. Kerana desakan yag begitu kuat, maka Pak Wan melepaskan jawatan MB itu dan akhirnya Ramli menggantikan beliau. Strategi utama Ramli ialah mengaut secara mana sekalipun kekayaan harta negeri ini di bawah telunjuk isterinya Puan Sri Norasyikin.
Selain lombong bijih timah (pada masa itu harga masih baik), konsesi balak dan tanah merupakan tiga elemen yang mengkayakan Ramli sekeluarga. Wang yang dipungut selalunya dihantar sendiri oleh peniaga yang cukup rapat dengan Ramli, selain daripada menggunakan beberapa orang peroksi yang dipercayainya.
Isteri Ramli, Puan Seri Norasyikin juga memainkan peranan yang begitu aktif. Kalangan pelabur dan peniaga bukan tempatan selalunya berurusan dengan isteri Ramli. Melalui isterinya itu, peluang perniagaan dan permohonan balak dan tanah boleh diluluskan. Dengan meletakkan 'harga' atau imbalan yang cukup lumayan akan memastikan permohonan apa saja mampu diluluskan.
Selain daripada itu, pemberian kekayaan di kalangan para exco sudah menjadi tradisi dan kebiasaan. Untuk menggerakkan parti, political fund bukan sesuatu yang asing. Tapi sifat Ramli cukup rakus sekali. Fund yang diamanahkan untuk parti juga seringkali diselewengkan. Saya kurang berpuashati dengan tindakan Ramli menyelewengkan duit parti. Namun apalah daya saya sebagai seorang orang suruhan. Cabaran beliau saya sahut.
Walaupun saya sudah disingkirkan sejak tahun 1984 lagi, saya masih sayangkan UMNO. Iaitu UMNO lama yang dahulunya perjuangan itu untu kepentingan ramai. Ramai SB-SB masih mengenali saya lagi. Kerana memang UMNO dan SB cukup erat. Tiap-tiap kali pilihanraya umum hendak diadakan SB-SB akan datang bertemu saya untuk menanyakan peribadi calon yang mereka belum kenali.
Saya selalunya memberikan kerjasama yang baik kepada SB-SB. Lantaran itu hubungan saya dengan mereka cukup baik sekali. Penyingkiran saya mengejutkan beberapa orang SB berkenaan. Namun saya pasrah meskipun sudah meninggalkan jawatan saya sekian lama saya tidak juga meminta sedekah.
Pilihanraya umum kali ini saya amat berkeyakinan sekali bahawa UMNO akan terhukum oleh rakyat. Saya akan berpuashati melihat Ramli tewas dan tersungkur oleh kebongkakannya dan ketamakannya mengaut harta rakyat. Saya akan segera meminta kerajaan Alternatif supaya menubuhkan satu jawatankuasa penyiasat untuk membongkar skandal penyelewengan harta negeri yang jatuh ke tangan PKNP dan anak syarikatnya yang dibawah telunjuk Ramli.
Jika hendak dihitung harta Ramli cukup banyak sekali. Benarlah kata mereka kekayaannya sama sebagaimana Marcos menguasai ekonomi Filipina dan saya juga tidak hairan jika rakyat mahu memanggilnya Ramli Marcos.
Rakyat negeri ini perlu bangun sebagai satu suara yang kuat. Percayalah sepanjang usia saya berkhidmat dalam UMNO, telah banyak harta negeri ini jatuh ke tangan bangsa asing yang mana sipenjualnya ialah Ramli dan barisan exconya. Jika saudara masih ragu-ragu keterangan ini terpulanglah. Saya kini sudah berbelas tahun menyendiri dan hanya memerhati perjuangan UMNO baru. Percayalah bahawa UMNO baru dan UMNO lama itu tidak sama. Dari perjuangan untuk rakyat, UMNO baru di bawah kepimpinan PM Mahathir, kekuasaan mereka boloti hinggakan demokrasi sudah lama terhapus.
Perlu saya nyatakan bahawa dahulu jawatan presiden dipertandingkan. Ahli UMNO sendiri berhak memilih siapa yang nak jadi presiden dan mencalunkannya. Undian akan dibuat dan yang menang akan jadi PM. Ini suara demokrasi.
Tapi kepimpinan sekarang lain pulak. Presiden baru akan dilantik oleh presiden lama. Suara ahli UMNO sudah dilupakan. Ini sistem anarki yang bersifat turun temurun. Suara demokrasi dalam UMNO sebenarnya sudah lama hilang. Ini hanya berlaku dalam UMNO baru. Percayalah saudara sekalian, walaupun saya boleh dianggap 'karat UMNO' tapi saya celik dan tidak buta. Saya tahu kebenaran dan keadilan. Saya sudah lama mufaraqah dengan kepimpinan UMNO sekarang. Walau pun saya belum menyertai pakatan alternatif tapi saya berjanji tidak akan memberi undi kepada UMNO dalam piliharaya nanti. Ini sudah saya lakukkan dalam 3 pilihanraya yang lalu.
Saranan saya kepada semua rakyat Malaysia khususnya negeri Perak, usah takut untuk melakukan perubahan. Teruskan memilih yang terbaik difikiran saudara asal saja ia bukan UMNO!
Bekas AJK UMNO Negeri