Saksi-saksi diugut

Semenjak kes penangkapan Dato Nalla dan beberapa rakan DS Anwar sertapenahanan beberapa orang di bawah ISA dan seterusnya sepanjang dua perbicaraanDS Anwar, beberapa orang saksi dan bakal saksi termasuk beberapa kakitangankerajaan telah diugut dengan pelbagai cara.

Saya berjumpa dengan beberapa orang dari mereka yang termasuk dalam golongandi atas dan juga dari kalangan keluarga mereka.Rumusannya ialah, mereka diugut dengan pelbagai kaedah oleh pelbagai orangtermasuk orang yang tidak dikenali. Di antaranya ada yang menerima ugutan dalam bentuk penyiksaan fisikal. Ini telah banyak saudara pembaca dengar dan baca termasuk apa yang telah diketahui umum tentang penderaan terhadap DS Anwar sendiri oleh seorang yang pegawai Polis yang berpangkat tertinggi di dalam sebuah negara yang aman.

Saudara mungkin telah membaca pelbagai afidavit yang telah difailkan berhubungpenyeksaan dan penderaan terhadap mereka semasa dalam tahanan. Di antaracerita dari mereka yang pernah disiksa atau diugut dalam bentuk ini, adayangdipukul sehingga terkeluar najis. Ada yang dipukul sehingga lebam-lebam malah ditangguhkan pembebasan sehingga sembuh agar tidak dapat dibuktikanpenyeksaanyang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Satu lagi bentuk ugutan adalah dalam bentuk menawarkan sesuatu kemewahan atau kesenangan – rasuahlah. Dan terdapat berbagai bentuk rasuah. Sesetengahnya ditawarkan pembebasan. Seperti diketahui umum, Nalla dijanjikan pembebasan dari tali gantung jika bersetuju untuk bekerjasama dalam menuduhDSAnwar dalam pelbagai tuduhan yang telah dirancang.

Namun kerana prinsip hidup walau berlainan bangsa dan agama, beliau sanggup dipenjarakan (malah beliausanggup ke tali gantung! – dari segi pertuduhan asal). Ada juga di panggil oleh pihak tertentu dan diugut bahawa pelbagai kesalahanlama akan ditimbulkan.

Walaupun sesetengah pertuduhan dulu telah terbukti mereka tidak bersalah atau tiada bukti untuk menuduhkan mereka pihak tertentu berjanji akan dapat mensabitkan mereka lagi. Terdapat juga di kalangan saksi-saksi dan beberapa bakal saksi yangdicadangkan untuk dipanggil telah ditawarkan dengan wang ringgit. Jumlah wang ringgit bukanlah setakat puluhan ribu atau ratusan ribu. Malah, kesemualaporan yang saya perolehi menyatakan mereka disogokkan dengan jutaanringgit.

Saya tidak dapat menyebut angka dengan tepat bagi melindungi sesetengah mereka yang telah memberi maklumat kepada saya.Ugutan wang ringgit juga diguna secara terbalik dengan mengugut bahawa mereka akan dimufliskan jika tidak berkerjasama. Ugutan seperti ini banyakdikenakan terhadap mereka yang melibatkan diri dengan perniagaan.

Ugutan bahawa mereka akan dimufliskan adalah suatu senjata yang mujarab untuk mendiamkan mereka dan terus kekal di dalam UMNO. Bentuk ugutan yang ketiga adalah dalam bentuk ancaman. Ancaman pulaterdapatdua bentuk. Ancaman terhadap seseorang itu atau ancaman terhadap keluarga terdekat atau orang yang dikasihi. Lazimnya ancamannya adalah dalam bentuk ancaman terhadap keselamatan atau nyawa.

Walaupun ramai juga yang diancam(dan telah pun dilaksanakan) dengan dipaksa untuk berpindah tempat kerjanamunancaman keselamatan nyawa adalah dikirakan kezaliman yang melampau. Diantara kaedah untuk mengancam nyawa yang digunakan ialah mengirimkan barangan yang berbentuk senjata atau menyebut dengan kata-kata amaran sambil dikaitkan dengan nama ahli keluarga.

Ingatlah prinsip hidup dan prinsip perjuangan. Sepasang suami isteri yang menjadi orang yang pertama syahid di dalam Islam ialah Sumayyah dan suaminyaYaseer. Mereka tetap dengan tauhidnya hingga akhir hayat. Bilal ibn Rabah cekal walaupun disiksa sebegitu lama hingga dibebaskan oleh sahabat.Ingatlah juga segala amalan itu bermula dengan niat. Perbetulkan niat dangunakan neraca Islam yang jelas dan disepakati oleh para ulamak. Nescayasaudara dijalan yang benar.

Wallahu Alam

Abdul Aziz Shukri
Subang Jaya
9 Jul 1999