PAS Baru Dan PAS Besut
Belum pernah seorang yang mengaku ahli PAS mendapat liputan (coverage) yang
begitu meluas dari seluruh media UMNO/BN. Ini berlainan sekali apabila
berlakunya isu PAS Besut dan PAS Baru. Saudara sendiri boleh saja
akhbar-akhbar mereka dan menonton RTM/TV3 ... mesti kita dapati liputan
berhubung dua isu tadi jelas ketara. Dan seperti dijangka memang liputan
sebelah pihak sahaja. Tiada dilapur penjelasan rasmi pimpinan PAS.
Akhir-akhir ini, pada setiap malam - dalam Buletin Utama TV3, liputan tidak
kurang dari 10% - 20% dari bahan berita tempatan merujuk kepada berita PAS
Besut dan PAS Baru di Mulong. Majlis perjumpaan mereka mendapat liputan.
Temubual yang panjang lebar disiarkan - walaupun isinya tiada sangat (tiada
"news worthiness").
Kenapakah mereka ini mendapat liputan atau diberi "air-time" yang begitu
ketara dari media UMNO/BN? Mesti ada sebab! Itu telah diketahui umum.
Malah strategi media UMNO/BN sungguh jelas dalam mengambil kesempatan dengan
isu PAS Besut dan PAS Baru.
Dan di sinilah silapnya ... strategi tidak menjadi dan memakan tuan.
Rata-rata di Kelantan , rakyat sudah mengenali tokoh-tokoh yang diketengahkan
oleh UMNO/BN untuk menyatakan pendapat mereka terhadap PAS dan kepimpinannya.
Orang ramai, termasuk di kalangan bukan ahli PAS kenal mereka ini. Malah,
bila lagi banyak media mengetengahkan mereka sebagai mencari keadilan dalam
PAS maka lagi ramai orang meluat dengan mereka dan lagi ramai orang bersimpati
dengan PAS. Inilah strategi yang tidak menjadi UMNO/BN.
Begitu juga halnya dengan PAS Besut, memang telah diketahui umum di kalangan
ahli-ahli PAS dan orang ramai di Jerteh/Besut terumatanya perihal kepimpinan
PAS Besut. Malah masalah yang ditimbulkan oleh golongan ini sudah lama
menyusahkan parti dari membantunya.
Orang ramai termasuk mereka yang tidak menyertai mana-mana parti pun hairan.
Malah ada juga mereka dari kalangan ahli UMNO sendiri pun tertanya-tanya.
Kalau benar mereka ini (PAS Baru dan PAS Besut) dengan ikhlas ingin
memperjuangkan inspirasi dan cita-cita murni parti PAS - mengapa pula mereka
bersekongkol dengan UMNO. Duduk satu sidang dengan mereka dan bersedia dengan
rela hati dipergunakan oleh UMNO/BN. "Takkan tidak dapat habuan ... " kata
sesetengah mereka yang saya temui.
Malah dengan terkeluarnya kedua-dua puak tersebut, ianya merupakan suatu
kebaikan kepada parti. Sememangnya amat baik sekali langkah yang mereka
ambil. Dengan menubuhkan parti baru dari menyertai UMNO lagi jelas strategi
mereka untuk memecah undi PAS bagi memenangkan UMNO/BN.
AlhamduliLLah.
Wallahu A'lam
Abdul Aziz Shukri
Subang Jaya
19 Julai 1999