Jentera UMNO pening

Pelbagai strategi telah dilaksanakan dan jutaan wang telah dibelanjakan namun
kesannya belum ketara malah ianya semakin merungsingkan. Dari pengamatan
rakan-rakan saya dan melalui pergaulan kasual dengan mereka di kalangan
pimpinan UMNO di kesemua peringkat ternyata dengan jelas mereka semua gusar
dan panik.


Paling ketara ialah mereka di peringkat pimpinan pusat dan negeri. Ini kerana
bagi mereka di peringkat akar umbi seperti cawangan dan bahagian, mereka
bukanlah banyak sangat mendapat habuan. Dan bukan juga banyak sangat
kepentingan yang akan gugur. Tetapi mereka di atasan, mereka gementar dengan
kedudukan mereka, projek mereka, perniagaan mereka, kebuasan dan kejahatan
mereka dibongkar. Itulah sebenarnya yang menjadi sebab mereka gusar jika
kalah pilihanraya.


Mereka amat pening dengan pelbagai strategi ke arah persiapan untuk
pilihanraya tidak menjadi. Berikut adalah rumusan dari beberapa perbincangan
saya dengan rakan-rakan yang masih berfikir untuk keluar UMNO.

  1. Beberapa siri kursus persediaan kepada jentera untuk menghadapi pilihanraya telah dilaksanakan. Namun, pihak parti-parti dari barisan alternatif yang mendapat manafaat. Tanpa dapat dikesan, ramai dari barisan alternatif atau simpatisan parti alternatif yang turut hadir dan mengunakan pengalaman yang diperolehi atau menyampaikan berita-berita dan membocorkan strategi-strategi UMNO.
  2. Mereka kalah dalam perang bendera. Walaupun pemimpin UMNO/BN menyatakan
    biar parti-parti alternatif kehabisan wang dalam perang bendera ini kerana setiap pemasangan bendera yang dipasang mereka terpaksa keluarkan wang parti. Bayaran untuk pembuat bendera. Bayaran untuk AJK yang membahagi-bahagikan bendera. Bayaran untuk mereka yang menyelia pemasangan bendera. Bayaran kepada mereka yang memanjat untuk memasang bendera. Ini adalah kerana mereka berfikir menurut orang yang memperhambakan wang dan keduniaan. Walhal, pekerja-pekerja parti-parti alternatif kebanyakkannya berusaha dengan sukarela demi perjuangan dan lillahi Ta'ala. Mereka yang memasang di rumah masing-masing membeli bendera sendiri.
  3. Ceramah siri menabur fitnah tidak mendapat sambutan. Walaupun dengan
    peruntukan dan belanja yang tinggi sambutan masih hambar. Paling ramai 1,000 orang sahaja - itu pun belum dapat pasti samada penyokong atau pemerhati sahaja. Dan setengah dari orang ramai pula adalah "gangster" Pemuda dan anggota polis dan RELA. Di beberapa ceramah di sekitar Lembah Klang beberapa hari lepas oleh Aziz Shamsuddin, Fuad, Fahmi, Mufti (nama saja hukum hakam tak tahu) dan termasuk Ghaffar - hanya mendapat ratusan hadirin sahaja. Yang lebih membimbangkan sentiasa ada di kalangan hadirin yang mengeluh dan merungut ketika ceramah disampaikan - secara psikologi keluhan dan rungutan mereka memberi kesan kepada hadirin di sekelilingnya bahawa ceramah-ceramah itu hanyalah penipuan dan fitnah.
  4. BTN aktif mengadakan program - ada yang khas diadakan untuk simpatisan
    DSAI. Setiap kali diadakan borang soal selidik - pada soalan "adakah anda
    menyokong kerajaan?" mereka dapati 100% jawapan adalah "Ya". Walhal mereka tahu di kalangan yang dipanggil memang telah dikenalpasti dari awal sebagai simpatisan DSAI. Adakah mereka ini telah di"turn over" atau mereka masih lagi musuh dalam selimut bagi UMNO.
  5. Kesukaran mengenal pasti mereka yang menentang. Ini amat jelas dan ketara
    kerana di kalangan mereka yang menjadi AJK serta mereka yang terlibat dalam perancangan program dan aktiviti jentera pilihanraya UMNO masih ramai dari kalangan yang masih disyaki. Kenapakah selepas hampir sepuluh bulan DSAI dipecat, masih ada ahli UMNO terpaksa dipecat kerana dikesan menyokong DSAI atau parti PAS/KeADILan. Dan akan ada lagi selepas ini - tunggu sajalah kalau kurang yakin.
  6. Mereka amat gusar dengan strategi mereka yang masih di dalam UMNO akan
    keluar beramai-ramai menjelang pilihanraya. Ini amat ketara di Pahang (dari maklumat yang layak saya kemukakan di sini), beberapa tokoh dalam UMNO sekarang sudah disenarai hitam untuk digugurkan dari parti atau pun dari pencalonan. Kalau tidak pun mereka akan keluar beramai-ramai juga. Nama-nama tersebut biar saya rahsiakan dulu.
  7. Mereka terpaksa berbohong lagi dan terus berbohong. Adat berbohong ialah
    tidak boleh berhenti berbohong sehingga seseorang itu bertaubat. Ini adalah kerana, suatu pembohongan terpaksa ditutupi dengan pembohongan lain bila pembohongan pertama terbongkar dan begitulah seterusnya. Dan adat atau kelaziman berbohong kedua ialah, bila pembohongan itu diulang-ulang lama-lama kelamaan, ianya nampak macam betul - itulah yang diharapkan mereka. Dan adat ketiga ialah bila pembohongan sentiasa terbongkar dan pembohongan diteruskan juga - lama-kelamaan, cakap mereka walaupun betul telah sukar untuk diterima.
    Dan inilah suasana sekarang. Cakap Mahathir (dan kuncu-kuncunya) sudah tidak diterima orang. Baik dari TV3/RTM, akhbar rasmi mereka mahupun di
    ceramah-ceramah, rakyat sudah tidak percaya mereka.


Sekian,
Ibrahim Baba
19 Julai 99