Berhati-hatilah Wahai Reformis Sekalian

Kepada semua pengguna Mel Elektronik percuma di alamat URL ini -
http://www.waumail.com anda adalah dinasihatkan berhati-hati. Peringatan ini
ditujukan kepada semua reformis.

Semua Reformis tidak digalakkan menggunakan emel percuma di WAUMAIL untuk
menghantar mana-mana artikel berkaitan dengan reformasi mahupun apa-apa yang
bersangkutan dengan Barisan Kerajaan Alternatif. Ini kerana emel ada
dikhuatiri akan dipantau oleh Kerajaan.

Saya mengesyaki sesuatu ketidaktelusan didalam operasi pengendali WAUMAIL ini
dan mencurigai akan maklumat yang dihantar melaluinya. Oleh yang demikian
saya amat berharap agar anda semua menghentikan sementara penggunaan khidmat
WAUMAIL yang anda miliki sehingga saya selesai menyiasat mengenai permasalahan
ini.

Adalah diharapkan peringatan saya ini tidak akan menimbulkan huru-hara mahupun
ketidakpuasan dipihak pengendali sistem emel percuma WAUMAIL.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hendaklah dihantar kepada ruangan soal
jawab di URL - http://members.xoom.com/ketuaperusuh

Lapuran penyiasatan saya akan saya kemukakan di 5 laman web ini tidak berapa
lama lagi.

Laman 1 : https://members.tripod.com/~mahazalimtwo
Laman 2 : https://members.tripod.com/polong_cyber
Laman 3 : http://members.xoom.com/r4mac
Laman 4 : https://members.tripod.com/mahafiraun/index2.htm
Laman 5 : http://members.xoom.com/renasional2/index.htm


Salam Islah Dari
Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)
http://members.xoom.com/ketuaperusuh