Hospital Diswastakan


Assalamualaikum reformis semua


Perkhidmatan Hospital adalah satu daripada perkhidmatan asas yang telah diwajibkan pembinaannya oleh perlembagaan. Kerajaan yang memerintah dikehendaki menyediakan prasarana yang baik dan bersesuaian dalam bidang perubatan demi menjaga kebajikan rakyat sesebuah negara. Ini tidak terkecuali bagi negara kita Malaysia.


Sejak selepas merdeka, kerajaan Pusat telah memperuntukkan beribu-ribu juta ringgit semata-mata untuk menaik tarafkan sistem perubatan dan kesihatan di negara ini. Telah ujud hampir 14 hospital kerajaan disetiap negeri dan ini diikuti dengan beberapa buah lagi hospital yang bertaraf daerah mahupun beberapa poliklinik. Klinik-klinik awam dan perbidanan juga telah disediakan
dan dilengkapi dari masa kesemasa dengan peralatan perubatan yang boleh dikatakan terkini. Kita telah dapat melihat beberapa perubahan ketara didalam sistem perubatan kita.


Walaupun begitu, terdapatnya usaha pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh semata-mata atas dasar keuntungan perniagaan dimana perkhidmatan perubatan dijadikan satu aset untuk mengaut keuntungan. Pihak kerajaan kini  sedang dalam usaha menukarkan status hospital awam kepada hospital swasta yang  mana ianya boleh mengurangkan bebanan kerajaan didalam mentadbirnya. Memanglah  pada dasarnya cadangan ini dapat dilihat sebagai usaha untuk memperbaiki mutu sistem perubatan diMalaysia, akan tetapi banyak yang kontra dapat dilihat
daripada usaha ini.


Kita semua sedia maklum bahawa rata-rata mereka yang menggunakan hospital awam adalah mereka-mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar bil perkhidmatan yang tinggi dihospital swasta. Majoriti yang menggunakan perkhidmatan hospital  awam adalah dari golongan yang berpendapatan rendah. Ini menyebabkan mereka memilih untuk menggunakan perkhidmatan hospital awam kerana dengan kadar yang minima mereka mendapat rawatan.


Oleh itu adalah satu perkara yang memusykilkan bilamana kerajaan bertindak untuk menswastakan perkhdmatan perubatan awam yang mana secara tidak langsung ini akan menyebabkan rakyat yang berpendapatan rendah menghadapi masalah untuk mendapatkan rawatan. Tidakkan Malaysia salah sebuah negara yang mengamalkan prinsip Hak Asasi Manusia?. Sewajarnya setiap rakyat negara ini berhak mendapat perkhidmatan kesihatan pada kadar yang rendah malah percuma bilamana
mereka menggunakan sistem perkhidmatan kesihatan awam.


Jika perkhidmatan hospital dan perubatan diswastakan kita akan dapat melihat kejatuhan moralrakyat bilamana mereka tidak mampu mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Bagi yangberkemampuan mereka tidaklah menghadapi masalah berkenaan dengan pengswastaan ini. Akan tetapi bagaimana jika pada masa anda perlukan perkhidmatan kesihatan tersebut anda sedang mengalami masalah kewangan. Tidakkah ini menyusahkan dan menyebabkan tidak harapan penyembuhan terhadap penyakit anda. Oleh yang demikian saya berharap rakyat menolak beramai-ramai tindakan kerajaan menswastakan perkhidmatan kesihatan.


Akhir sekali saya berharap anda semua dapat menggunakan akal anda yang waras untuk menolak kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang telah terang-terangan menidakkan hak rakyat mendapatkan perkhidmatan kesihatan pada kadar yang murah dan percuma. Janganlah anda menyesal dikemudian hari bilamana kemampuan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan berbayar telah tiada. Fikirkanlah masa depan anak cucu anda. Janganlah anda cuma berpuas hati dengan apa yang ada pada anda sekarang kerana setiap sesuatu itu tidak akan kekal.


Akhirkata, Undilah Kerajaan PAS yang menjanjikan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan percuma untuk semua warganegara.


Salam Islah Dari

Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)

http://members.xoom.com/ketuaperusuh