Ekonomi Makin Tenat


Assalamualaikum w.b.t


Dimana-mana dapat kita dengar akan keluhan masyarakat mengenai kenaikan harga barangan keperluan. Tidak terkecuali harga bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Apa yang berlaku adalah satu daripada kesan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia khasnya dan negara-negara sekitarnya. Dahulu dengan wang yang bernilai RM10 kita boleh membeli banyak barang keperluan. Kini tidak lagi kita boleh berbuat sedemikian.


Berbagai-bagai usaha telah dilakukan untuk menangkis kegawatan ekonomi. Beberapa negara terpaksa meminta bantuan IMF untuk menyelamatkan ekonomi  negara tersebut. Bagi negara-negara yang mendapat bantuan tersebut, mereka nampaknya telah berjaya mengekang masalah kegawatan ekonomi yang melanda negara mereka. Tidak dapat tidak walaupun dasar-dasar IMF seperti menekan mereka, akan tetapi kesan kegawatan ekonomi nampaknya pulih lebih pantas
daripada negara-negara yang tidak mengambil bantuan daripada IMF.


Kita di Malaysia tidak berminat untuk mengambil IMF sebagai pembantu kita dari segi pinjaman mudah untuk mengatasi kegawatan ekonomi. Walaupun begitu kita masih juga mengambil beberapa dasar-dasar IMF yang agak baik demi memulihkan kesan buruk kegawatan ekonomi. Bekas Timbalan Perdana Menteri kita (Dato' Seri Anwar Ibrahim) telah dengan sedaya upayanya cuba mengekang kesan kegawatan ekonomi pada tahap minima. Akan tetapi DSAI tidak mampu untuk meneruskan idea yang diusahakannya kerana tekanan daripada beberapa pihak yang tidak suka dengan idea yang diusahakannya.


Memanglah pada dasarnya pendekatan yang dilakukan oleh IMF nampak banyak
cacat-celanya akan tetapi DSAI cuma mengambil beberapa idea dan dasar-dasar
yang bersesuaian dan tidak terburu-buru. Tindakan terburu-buru DAIM yang
mencetuskan idea kawalan matawang nampaknya lebih memakan diri sendiri. Kita dapat lihat dengan tindakan kawalan modal dan matawang telah menyebabkan ekonomi kita lebih terbantut. Para pelabur asing telah mengambil sikap berhati-hati didalam melabur dinegara ini.


Ini menyebabkan sistem ekonomi kita bukannya makin pulih akan tetapi makin tenat. Harga barangan komoditi hasilan negara ini nampaknya tidak dapat membantu kerana makin hari makin menjunam. Dipasaran terbuka Hong Seng dan Straits Times kita dapat lihat akan pengucupan harga saham-saham mewah yang biasanya menentukan arah aliran ekonomi tempatan. Beberapa kajian ekonomi telah dijalankan oleh beberapa organisasi yang mana telah menunjukkan pengucupan ekonomi di negara ini lebih daripada empat peratus (4%). Pada September ini kita akan dapat lihat sesuatu perubahan yang tidak pasti bilamana para pelabur asing boleh mengeluarkan pelaburan mereka tanpa dikenakan levi.


Mungkin kita boleh lihat kesan kegawatan makin teruk pada september ini jika langkah-langkah segera tidak diambil oleh pihak-pihak yang berwajib. Para pelabur akan melabur disesebuah negara yang kestabilan politiknya agak baik dan tidak dipenuhi dengan kawasan-kawasan berbayang (shadowing) yang mana memungkin korupsi berlaku. Para pelabur pada kebiasaanya akan membuat satu keputusan samada ingin melabur berdasarkan beberapa aspek utama seperti kestbilan politik, kadar buruh yang rendah serta tawaran takrif cukai yang munasabah.


Adalah diharapkan agar keadaan ekonomi dinegara ini akan pulih dengan pantas agar membolehkan beberapa agenda meningkatkan taraf hidup masyarakat dapat dilaksanakan. Tidak dapat tidak kita mahukan satu perubahan dari segi kepimpinan, ekonomi dan juga sosial berlaku dinegara ini. Kalau boleh kita mahukan keadaan ekonomi yang lebih stabil dan berdaya maju serta mendapat
barakah daripada Allah.


Akhirkata, adalah diharapkan dengan kemenangan Barisan Alternatif maka keadaan ekonomi di Malaysia akan bertambah pulih. Mengundilah anda semua dengan bijaksana. Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaik-baiknya.


Salam Islah Dari


Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)

http://members.xoom.com/ketuaperusuh