Sipa Yang Akan Khianati Keamanan?
Gunakan kuasa dengan betul, kata Mahathir. Jika rakyat tidak menggunakan kuasa (mengundi) mereka dengan betul mereka hanya akan cetuskan kebinasaan. Begitulah antara ungkapan Mahathir, semalam.
Apakah maksud Mahathir berkata demikian? Saya berpendapat bahawa Mahathir mengugut rakyat bahawa sekiranya UMNO kalah, UMNO akan cetuskan huru hara dan kebinasaan. Begitulah antara yang tersirat di sebalik ucapan Mahathir.
Setelah 9 kali negara kita menjalani pilihanraya, PAS dan parti pembangkang yang lain menerima hakikat kekalahan mereka. Negara terus menjalani aktivitinya sebagaimana biasa, seolah-olah tiada apa pun yang berlaku, sekali pun peluang mereka untuk mentadbir negara ini dari tangan yang rakus dengan ketamakan politik terlepas lagi. Itu lahir dari rasa demokrasi dan menghormati undang-undang.
Namun mengapakah Mahathir berkata demikian. Saya berpandangan bahawa jika UMNO menerima kekalahan dalam pilihanraya kali ini, mereka akan cetuskan pergaduhan dan huru hara. Jelas kepada kita bahawa Mahathir mengugut rakyat supaya memilih UMNO.
Kepada rakyat Malaysia saya berseru supaya jangan hiraukan ugutan Mahathir. Teruskan perjuangan kita untuk menumbangkan UMNO. Lihat sajalah Mahathir yang tersepit antara sokongan dan krisis moral parti itu. Mari kita bersama ucapkan selamat tinggal kepada UMNO. Malaysia bukan hak UMNO sahaja. Malaysia milik semua. Bukan hanya UMNO yang berhak dan mampu laksanakan pembangunan. Semua orang mampu lakukan. Malaysia Boleh! Kerajaan Alternatif boleh!
Tumbangkan UMNO, Mahathir dan kuncu-kuncunya!!
Mr. Canggih