UMNO Pengkhianat Melayu

Assalamualaikum w.b.t

Kita semua sedia maklum bahawa terdapat beberapa kawasan majoriti pengundi
melayu yang agak besar dibeberapa DUN dan Parlimen seluruh Malaysia.
Kebanyakan kawasan ini biasanya terletak dikawasan kampung yang mana majoriti
penduduknya berpendapatan rendah. Salah satu daripada kawasan ini ialah di
Bukit Selambau Kedah.

Kawasan ini mempunyai majoriti melayu berbanding kaum lain pada kadar hampir
95 peratus. Ianya terletak tidak jauh dari Sungai Petani yang mana para
penduduk kawasan tersebut rata-rata bekerja di kebun-kebun getah milik
persendirian. Malah ada dikalangan penduduk kampung yang tidak mempunyai kebun
sendiri yang terpaksa menyewa kebun orang lain.

Kawasan ini adalah kawasan paling kuat UMNO satu ketika dahulu. Pada
pilihanraya umum 1995, UMNO telah meletakkan calun dari MIC dikawasan tersebut
yang mana sepatutnya UMNO tandingi. Malah semua jentera UMNO/BN telah
digerakkan untuk membantu calun MIC (masa itu anak calun MIC tersebut kerja di
Matsushita Electronic Motor [MAEM] Sg Petani sebagai Jututeknik Instrumentasi)
yang mana segala penumpuan penuh telah diberikan.

Calun tersebut telah diberikan peruntukan yang besar dan telah mengadakan
beberapa siri ceramah di kawasan tersebut yang mana mendapat sambutan daripada
semua penyokong kuat UMNO dan orang kampung. Calun saingan bagi BN pada
pilihanraya tersebut adalah seorang Ustaz (anak kampung tersebut) yang
merupakan calun PAS. Calun PAS tersebut telah diperlecehkan oleh penduduk
kampung tersebut.

Apa yang menjadi masalahnya ialah kenapa kawasan yang begitu strategik bagi
calun melayu telah terpaksa diberikan kepada calun bukan melayu. Tidakkah ini
menunjukkan UMNO telah mengkhianati prinsip asas UMNO iaitu mempertahankan
kepentingan melayu. Bukankah ini jelas menunjukkan UMNO tidak prihatin kepada
bangsanya sendiri.

Sewajarnya ahli UMNO tidak memilih calun yang bukan beragama Islam jika
ditakdirkan didalam sesuatu pengundian itu terdapatnya calun yang beragama
Islam. Bukankah hukumnya haram untuk mengambil calun yang bukan beragama
Islam. Tidakkah ahli UMNO sedar akan masalah ini.

Dari contoh yang saya sebutkan ini dapatlah kita lihat bagaimana UMNO
melacurkan prinsipnya sendiri dan mengkhianati perjuangan para pejuang UMNO
masa lalu. Tidakkah UMNO yang ada sekarang ini telah terlalu jauh berbeza
dengan UMNO tahun 46 dahulu. Apa yang pasti janganlah biarkan UMNO
mengkhianati kita (orang melayu) lagi pada pilihanraya kali ini. Pastikan
calun UMNO yang ditempatkan dikawasan majoriti melayu mestilah orang melayu
juga. Jangan biarkan diri anda mengundi calun yang bukan beragama Islam.

Pastikan PAS pilihan anda pada pilihanraya kali ini.

Salam Islah Dari
Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)
http://members.xoom.com/ketuaperusuh