Rancangan Agama di Radio Turut Dicemari

Saya bukanlah pengemar mendengar radio. Saya hanyalah mendengarnya bila di
dalam kenderaan. Dan lazimnya kaset ceramah agama dan bacaan al Quran yang
dipasang. Sesekali dalam kesesakkan jalanraya menanti tiba ke rumah yang
biasanya memakan masa hampir satu jam setiap petang, saya dengarlah juga
beberapa rancangan agama di Radio 1 (antara jam 6-7 petang).

Kadang-kadang terdapat rancangan berbentuk soal jawab agama. Ustaz jemputan
akan disuruh untuk menjawab pelbagai soalan/topik melalui telefon.

Apa yang menghairankan saya ialah, di akhir-akhir ini, RTM telah memutuskan
beberapa panggilan yang dibuat. Pada asalnya saya percaya ianya terputus
akibat masalah telekomunikasi. Tetapi, setelah sekian kali perkara ini
berlaku – saya amati “trend”nya dan cara ianya terputus saya yakin ianya bukan
masalah teknikal. Sebenarnya talian tersebut sengaja diputuskan.

Di antara pemanggil terdapat beberapa suara yang memang telah dikenal pasti
oleh juruhebah atau penerbit bertugas. Terdapat seorang pemanggil yang kerap
memanggil dan dikenali sebagai “Pak Cik Taib bin Khamis” yang mempunyai suara
dan nada tutur yang amat mudah dicam. Kalau saudara turut mendengar sudah
pasti apa yang berlaku amat ketara. Apabila terdengar sahaja suara Pak Cik
Taib, samada “hello”nya atau salamnya, terus panggilan tersebut akan terputus.
Terdapat beberapa lagi suara lain yang saya boleh cam, cuma saya kurang pasti
nama pemanggil tersebut. Perkara yang sama berlaku terhadap mereka.

Sebagai contoh, rancangan “Titian Ilmu” terbitan Us. Yusof Hamid semalam (30
Jul), tidak kurang dari 5-6 panggilan yang diputuskan/potong tiba-tiba. Topik
persoalan semalam adalah peranan anggota keselamatan/tentera dalam Islam
(begitulah lebih kurang). Seorang pemanggil wanita menanyakan “apakah
pendapat Ustaz tentang tindakan pegawai polis di dalam suasana negara kita
....” terputus terus. Pak Cik Taib pun telefon – terdengar suaranya – terus
terputus. Dan begitulah seterusnya untuk beberapa kali.

Saya telah bertanyakan kepada seorang teman saya yang menjadi pensyarah
universiti yang selalu juga dipanggil untuk menjawab soalan-soalan di Radio.
Menurut beliau, perkara tersebut memang benar terutama diakhir-akhir ini.
Penerbit atau juruhebah radio telah diberi arahan untuk memutuskan talian jika
disyaki pemanggil akan menanyakan soalan-soalan yang mempersoalkan isu-isu
keadilan dan kezaliman yang berlaku dan perkara-perkara yang mempersoalkan
betul atau salahnya tindakan kerajaan.

Berkata teman saya lagi, juruhebah akan memutuskan talian dan berkata “ooh
talian terputus” atau “begitulah masalah dengan talian kita selalu terputus”
atau tanpa sebarang komen sahaja diputuskan dan menekan untuk panggilan lain.

Ini semua dilakukan di depan Ustaz jemputan. Dan rakan saya berkata di dalam
hatinya “Astagh firullah ... rancangan agamapun dilakukan seperti ini!
Berbohong dalam bercakap soal-soal agama! Memang tidak syak lagi lain-lain
rancangan dan berita penuh dengan fitnah dan pembohongan!”

Apalah salahnya bila seseorang itu ingin mengetahui kebenaran? Kalau ianya
suatu rancangan berbentuk agama – memang kebenaranlah yang dicari. Kenapa
mesti ditapis kebenaran yang diluluskan oleh pihak tertentu sahaja boleh
diperdengarkan?

Sekian
Ibrahim Baba
31/7/99