Taktik Halus Umno
Sebagai seseorang yang selalu membaca laman reformasi seperti mahazalim, mahafiraun dan ketua perusuh memang ternyata jelaslah bahawa UMNO tidak membawa apa-apa keuntungan bagi rakyat Malaysia, baik dulu sampailah sekarang. Cuma kenyataan ini terserlah berikutan pemecatan pejuang dan harapan negara yang mulia Anwar Ibrahim – bapak reformasi Malaysia.
Akta-Akta seperti ISA, Akta Senjata Api, Akta Senjata Api (Penalti Berat) dan banyak lagi hanya berjaya melahirkan manusia-manusia penakut yang takut menentang kezaliman yang dilakukan kerajaan. Begitu juga orang-orang yang mendapat `menafaat’ dari kerajaan begini yang sudah tentunya menutup mata kepada perkara-perkara begitu.
Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah misalannya telah banyak disalahgunakan untuk menahan orang-orang yang belum tentunya bersalah merengkok dalam lokap melebihi 24 jam atas dasar bahawa siasatan sedang dilakukan. Siasatan apa kalau hanya untuk menyiksa dan membalun. Apa salahnya memberikan ikat jamin sementara membuat penyiasatan. Ambilah pernyataan dari orang yang ditahan semasa dalam waktu 24 jam tersebut. Ini tidak tapi menyoal bertalu-talu dan berulang dari hari pertama hinggalah hari keempat kelima berikutnya. Sedangkan orang yang ditahan ini berhak untuk tidak menjawap apa-apa soalan.
Tak fikirkah bahawa yang ditahan mempunyai isteri dan anak-anak yang perlu diberi makan dan perlindungan. Ada perkerjaan dan mungkin dibuang kerja kerana tidak hadir sedangkan belum tentu bersalah. Apa maknaya ungkapan bahawa seseorang itu tidak bersalah, kalau kebebasannya dicantas, isteri dan anak-anak teraniaya, perkerjaannya terjejas hanya kerana polis yang tidak cekap tidak dapat atau pandai menyiasat dengan baik. Satu habuk pampasan pun tak diberikan selepas tu.
Yang celakanya, majistret-majistret ingusan berikan pada polis perintah untuk menahan lebih lanjut untuk beberapa hari. Apalah majistret tu tahu pasal menyiasat dan hanya meluluskan saja permohonan polis walhal polis sebenarnya telah memperbodohkan nya. Kununya nak jaga sirratulrahimlah dengan polis ataupun siraturrahim sesama pegawai kerajaan. Apa, rakyat tu bukan orang kerajaan?.
Padanlah dalam tiga golongan hakim, satu saja yang masuk syurga sebab yang dua lagi tu berikan keputusan yang bodoh. Yakni, membuat keputusan yang salah sebab tak tahu hukum, atau keputusan salah sedangkan tahu hukumnya (menipulah macam Hakimtu asyik tak relevan ahje).
Sukma yang kena balun tu pun dikatakan pengakuannya adalah dengan rela. Perlu ditekankan bahawa orang yang dikenakan tahanan polis sememangnya tidak boleh menjumpa peguamnya sebab polis masih mebuat penyiasatan – kununnya. Yang sedihnya, orang yang membuat keputusan ini adalah hakim-hakim mahkamah Agung atau Federal juga. Kununya nak jaga siraturrahim dengan kerajaanlah atau takut tak dapat naik pangkat kot. Sekarang apa dah jadi, harapkankan kerajaan, kerajaan menikam kehakiman yang sepatutnya bebas.
Disini saya ingin mengulas sedikit tentang kebodohan hakim-hakim Federal atau Agung ni yang sememangya tak relevan untuk rakyat. Perlu juga saya beritahu bahawa keputusan-keputusan itu dibuat oleh hakim zaman enam pulohan atau tujuh pulohan dan rata-rata mereka ni dah tualah. Walau macamnapun pengikut-pengikutnya banyak sebab keputusan mahjamah Federal ni mengikat mahkamah yang dibawah. Tak boleh dibantah atau tegur macam mahafiraun. Kalau nak naik pangkat angguk sajalah.
Ada diantara mereka sekarang ni berkerja di universiti-universit tempatan setelah bersara kununnya arif dalam undang-undang. Dapat pencen dan dapat gaji lagi. Besar pula gaji dia sedangkan kami pensyarah lain kais pagi makan petang. Kununya mereka ni perlu diambil untuk menaikkan imej university. Mereka ni kebayakannya dah bersara atau tua sangat – takut mati agaknya sebab banyak keputusan yang dibuat merupakan kepentingan jangka pendek – kununya nak jaga kepentingan kerajaan - kununya pegawai kerajaan kena tolong kerajaan menang kesnya.
Hakim-hakim yang bijak pandai ni atau tak releven ni mengatakan bahawa mahkamah perlu mengambil kira hak polis untuk membuat penyiasatan dan pada masa sama mengakui hak orang yang ditahan mendapatkan nasihat peguam yang dipilihnya secepat mungkin. Maka hak untuk berjumpa peguam terpaksa dinafikan sementara penyiasatan dibuat oleh polis yang kununya cekap terhadap orang yang dikenakan tahanan lanjut atas perintah majistret-majistret yang ada mata tapi buta, ada telinga tapi pekak.
Bermakna orang yang ditahan boleh dinafikan peguamnya selama 14 hari kerana inilah maksima yang boleh diminta oleh polis dan diberikan oleh majistret. Tak kebodoh keputusan sebegini sedangkan perlembagaan menetapkan bahawa hak untuk mendapatkan peguam yang dipilh hendaklan sesegera yang mungkin. Mungkin tidaklah saat itu juga, atau minit tu juga atau jam tu juga atau hari tu juga – tapi kalau dah berhari-hari, atau semingu dua tak boleh jumpa peguam dah apa kejadahnya atau logiknya. Tak kah itu melanggar ketetapan perlembagaan yang mana hak itu mestilah segera. Seberapa segera tu bermakna segerelah macam mee maggi segera. Kalau dah perlu berhari-hari untuk masak mee bukan lah mee segera.
Ini lah padahnya kalau kaitangan kerajaan bila bertugas tidak memikirkan kepentingan jangka masa panjang tapi bertindak pro –kerajaan kununya tindakan kerajaan semuanya betul dan saksama. Akhirnya anak-cucu teraniaya. Saya tak mahulah sebut tentang ISA yang maha dashyat. Kerajaan mahafiraun saja yang memerlukan akta sebegini.
Akta senjata – bukankah Dr Anees diancam dengan akta ni. Kalau tak tolong, pistol dan peluru yang dirampas dari penyamun akan ditanamkam pada Dr Anees atau kediamannya atau keretanya sebagai keterangan yang mana bila sabit membawa hukuman mati. Wakil Rakyat apa kalau dah meluluskan undang-undang untuk menggugut. Orang yang membunuh patutlah di hukum bunuh. Pemilikan pistol hanyalah satu percubaan untuk membunuh yang sepatutnya tidak boleh bawa kepada hukuman mati. Pada saya hukumannya mestilah 5 – 10 tahun, itupun sengsara juga tapi takdelah mati.
Pada umno nyawa orang tak penting, Yahya dengan helicopter telah menerima maut bersama isteri dan pilotnya. Cubaan untuk membunuh Anwar yang gagal beberapa kali dan pejuang Islam dalam parti pas pun ramai yang terkorban. Maka saya cadangkan agar permohonan untuk mendapatkan tahanan lanjut mestilah diadakan di mahkamah terbuka bukan dalam bilik majistret. Keadaan begitu telah membolehkan pihak polis main `hide and seek’ (main sembunyi sembunyi dengan peguam agar yang ditahan tidak ada kesempatan untuk menghubungi mana-mana lawyer. Ia juga bersesuaian dengan kemahuan perlembagaan yang mana orang yang ditangkap hendaklah mendapat nasihat peguam yang dipilihnya secepat atau sesegera mungkin – macam mee magi segera.(sila cetak dan bagikan pada hakim-hakim tua tu yang kununnya arif sebelum mereka ni mati)
Seterusnya, saya rasa terpanggil juga untuk memberitahu bahawa tindakan UMNO untuk memberikan kami secara percuma akhbar kerajaan merupakan satu muslihat. Ia adalah suatu usaha untuk meningkat penjualan (dan untung) yang telah merudum. Kununnya hendak beri pelajar maklumat betul – kalau betullah kenapa sampai desperate (tercepit) sangat nak jual di UK. Mereka tahu bahawa suratkhabar-suratkhabar tersebut memang akan dibakulsampahkan oleh orang Malaysia di UK, tapi tujuan mereka sebenarnya ialah untuk meningkatkan penjualan utusan meloya atau berita hairan. Dengan ni penyata hujung tahun akan menampakkan penjualan yang baik – menipu rakyatlah ni.
Kerajaan menggunakan duit kerajaan hantar suratkhabar di UK untuk dijadikan pengalas buntut. Ini satu misappropriation atau pecah amanah sedangkan duit tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih munafaat untuk rakyat bukan kroni. Pendekkata, Menteri pendidikan melalui arahan maha firaun nak bailout akhbar kerajaan. Kalau dah tak laku, tutup sajalah syarikat suratkhabattu. Itulah sekali bohong takpe, tapi kalau dah selalu sangat berbohong, cakap betulpun orang akan katakan bohong. Rakyat dah hilang keyakinan.
Tambahan lagi, tindakan Badan pencegah rasuah nak buat survey (peninjauan) terhadap persepsi rakyat tentang rasuah juga adalah satu muslihat. Tujuannya ialah untuk mengukur keupayaan mahafiraun untuk memerintah sekali lagi. Kalau rakyat terang-terang hilang kepercayaan pada BPR bermakna barisan nasional akan mengalami kekalahan dalam pilihanraya. Pandai betul kepala otak mahafiraun. Jadi mahafiraun akan melambatkan pilihanraya, katanya sampai ogos tahun depan atau pun sampai bendera pas atau barisan lusoh atau reput. Macamlah kita tak boleh ganti. Langsir rumah yang cantik dan mahal kita mampu inikan pula bendera barisan alternatif yang simple dan murah. Boleh buat sendiri, tak payah pinjampun teknologi jepun seperti proton. Sampai sekarangpun anak Malaysia tak boleh buat kereta sendiri sepenuhnya.
Jadi kita kena memperdayakan taktik kotor umno ni. Kalau BPR buat survey, katakan saja kita sokong umno atau kerajaan. Tapi bila pilihanraya pangkahlah barisan alternatif, biar tersentak mahafiraun.Bak pepatah, pandai-pandai katak melompat, pandai lagi tupai melompat. BPR ni kalau betul bertanggunjawablah, siasatlah saja peguam negara, mahadey, eric chia, daim dan rafidah aziz tu. Ini tidak nak dibuatnya peninjauan untuk mengukur popularity BN.
Celaka mahafiraun, naikkan yuran paspot, lessen memandu, tapi sebenarnya duit tu dia beli jet peribadinya. Rakyat tak bagi keluar makan angin, tapi dia terbang sana-sini dengan jet rakyat yang mahal macam jet tu dato kutty dia punya. `Beritahu mahafiraun yang tindakannya menghina Rasul Allah kununnya nabi Muhammad (s.a.w) takde pisau cukur dizamannya memang keterlaluan. Maha firaun ni menghina utusan Allah macam firaun. Kalaulah syaidina Umar masih hidup, itu jam juga, maaf itu saat juga kepala mahafiraun kena penggal.
Saya nak beritahu mahafiraun bahwa jangan nak katakan pisau Gillette, satu atau dua atau lebih menara petronas tu kalau nabi mahu, itu saat juga Allah turunkan tanpa soal. Tapi nabi Muhammad adalah orang yang mulia, rendah diri dan tidak suka bermegah –megah dengan projek-projek mega macam mahafiraun yang akhirnya meranapkan ekonomi negara dan menyusahkan rakyat.
Saya ada terbaca bahawa syaidina Umar ada berkata bahawa orang yang memporak perandakan ekonomi negara boleh dihukum mati. Ulama sila confirm. Berbalik pada pisau gilettetu dan menara petronas. Apalah menara petronas tu, tak de benda pada rasul. Orang kafir nak jadikan nabi raja dengan perempuan-perempun yang cantik-tercantik pun dia tak mahu sebab amanah Allah bukan perkara main-main. Sampai kan nabi berkata matahari di kananku atau bulan dikiriku, aku tetap sampaikan ajaran islam. Bahlul betullah mahafiraun sibukkan pasal pisau gilette yang harganya tak beberapa sen. Amerika syarikat tu sanggup berhabis duit berbilion-bilion nak pergi ke bulan. Agaknya kalau mahafiraun dapat matahari dan bulan mampuslah penduduk dunia dikenakan tol.
Akhir sekali, saya cukup bersetuju dengan pendirian seseorang penulis internet yang mengatakan bahawa perjuangan zaman ini ialah perjuangan maklumat. Memang ada risiko main internet ni, tapi kalau difikirkan sangat nampaknya lumpuhlah perjuangan reformis melaui internet. Maksudnya, kita berhati-hati jugalah jangan takde langsung, tapi tetap internet. Takkan nak dimasukkan penjara beribu-ribu atau berjuta-juta orang yang berinternet yang secara terang menyatakan pendapat mereka. Itulah kebabasan bersuara. Cubaan menakut-nakut orang dari berinternet juga satu muslihat umno.
Ini ada kebenarannya bila kita tengok ada khabar bahawa kadar bayaran talipon dinaikkan, penguatkuasa menguatkuasakan perisian cetak rompak dengan memeriksa rumah orang yang disyaki mengguna internet untuk mendedahkan kezaliman kerajaan. Walhal banyak keset –keset cetak rompak penyanyi dan filem tempatan, vcd dan video tape lucah yang dijual terang-terang di pusat membeli belah tidak diambil tindakan. Umno lama dengan umno baru memang serupa, kulitnya ditukar untuk memperdayakan rakyat..
OK: Johny Bravo. Reformasi, Hidup abang Anwar. Kami didepan Abang Anwar, bukan tepi bukan belakang. Hapuskan dan semak semula Akta-akta kejam.