Disebalik air yang dikeparatkan
Telah lama perkara mengenai perjanjian air diantara Johor dan Singapura menghantui saya. Bagaimana sebuah Negeri (Johor) dengan persetujuan kerajaan boleh bertindak begitu bodoh dengan menjual air kepada Singapura dengan harga murah dan kemudiannya membeli semula dengan harga yang lebih mahal. Bukankah ini tidak masuk akal dan merugikan pula? Tidakkah terfikir bahawa lebih menguntungkan sekiranya Johor menjual air yang dirawat dengan harga yang lebih mahal berbanding air mentah?
Bayangkan harga air mentah sebotol berbanding air coca cola. Tambahan pula, mengapa kerajaan Johor boleh begitu tergamak menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara dengan memajakkan hasil bumi yang begitu penting kepada orang asing. Bukankah itu suatu bentuk penjajahan? Perkara sebenarnya memang menrunsingkan kerana rakyat tidak diberikan keterangan dan tiada pula ketelusan dipihak kerajaan.
Pihak-pihak yang mempunyai maklumat mengenai perjanjian air diantara Johor dan Singapura patut memaklumkan kepada rakyat. Isu pengswastaan air Johor yang timbul bagaimanapun telah memberikan saya suatu teori bahawa perjanjian tersebut sebenarnya disandari oleh sikap kerakusan kerajaan yang lebih memikirkan keuntungan banyak lebih dari segala-galanya. Dengan itu, keselamatan dan maruah negara dikompromikan atas sebab kerakusan unutk mendapatkan duit yang banyak. Sedihnya keuntungan itu tak pula di turunkan atau difaedahkan kepada rakyat.
Kekecohan pengswastaan air Johor telah menimbulkan beberapa maklumat dimana beberapa kesimpulan dapat dibuat. Kerakusan kerajaan mengaut keuntungan mengatasi segala-galanya tanpa memikirkan kedaulatan, maruah dan kebajikan (dengan bil air yang murah) rakyat.. Dari apa yang di nyatakan oleh akhbar Straits Times, Singapura menyebut bahawa kos untuk merawat air yang dibelinya dengan harga 20 hingga 30 sen dari Johor adalah RM 2.00. Singapura kemudiannya menjual semula kepada Johor pada harga sekitar RM 50 sen. Maka seolah-olahnya Johor rugi 30 sen. Hakikatnya ialah Johor menjual air pada rakyat pada lingkungan harga RM 3.00. Bermakna Johor untung bersih RM 2.80 setelah tolak perbezaan harga jual sebanyak 30 sen dengan harga membeli semula iaitu 50 sen.
Nampaklah begitu kejamnya kerajaan johor tidak menurunkan harga bil air untuk kebajikkan rakyat. Kerajaan johor tidak keluar satu sen pun sebab kos loji tersebut dan pampasan menenggelamkam kawasan untuk menadah air dibayar sepenuhnya oleh Singapura. Tapi ada harganya, iaitu air dan loji itu menjadi milik Singapura selama perjanjian tersebut berkuatkuasa sehingga 2060. Kita tidak tahu pada masa itu, bekalan air cukup untuk rakyat. Memandangkan banyak bukit dan gunung telah digondol, sungai-sungai dicemari dan tercemar, air merupakan harta yang penting yang mesti dilindungi dan dijaga dari penjajahan.
Perjanjian tersebut juga menunjukkan betapa kerajaan malas dan lokek untuk memperolehi bagi dirinya teknologi lojinya sendiri untuk kepentingan dan keselamatan negara. Bermakna rakyat tak berpeluang untuk berkerja dan belajar sendiri cara-cara atau selok belok penggunaan air. Dalam hal ini saya memuji Kelantan yang membeli balik hak airnya dari pihak swasta. Nyata Kerajaan Kelantan di dalam harakah menyatakan bahwa keuntungannya dijangkakan 2 billion sedangkan air johor terpaksa diswastakan kerana duit tak ada. Itulah akibatnya kalau orang-orang yang rakus dan tidak beriman dibenarkan mengendalikan air. Mereka tidak mendapat berkat dan pertolongan dari Allah bagaimana kerajaan Abbasid dengan tenteranaya yang tiga kali banyakpun tidak dapat mempertahankan kerajaannya daripada jatuh ketangan Monggol.
Dari apa yang saya lihat, perjanjian air tersebut hanya menguntungkan Singapura kerana Johor sebenarnya telah melacurkan air Johor kepada Singapura tanpa membawa apa-apa faedah kepada rakyar Johor. Padanlah kerajaan Johor begitu bodoh sampai dua dari pulaunya pun diduduki dan dikendalikan oleh pihak Singapura. Pulau tersebut adalah Pulau Batu Putih (Selat Johor) dan Pulau Batu Pisang (Pontian). Undang-undang antarabangsa menunjukkan bahawa sesebuah negara asing boleh mendapatkan kedaulatan sesuatu kawasan disebuah negara lain melalui preskripsi. Ia itu penguasaan melalui adat atau teladan seperti Timor-Timor di Indonesia oleh Portugal. Pulau-Pulau di Spratly seperti terumbu laying-layang adalah contoh yang bagus dimana negara-negara cuba memperolehi beberapa tempat melalui cara preskripsi. Maka tindakan kerajaan mebenarkan terus pengendalaian mutlak pulau Pisang dan Pulau Batu Putih kepada singapura menunjukkan begitu dangkalnya pemikiran kerajaan dari dulu hingga sekarang.
Dasar tersebut ternyata memakan diri sehingga Pulau Batu Putih terpaksa dirujukkan kepada Mahkamah antarabangsa bagi menentukan ketuanan pulau tersebut. Mungkinkah Malaysia hilang kedaulatannya keatas pulau Batu Putih yang strategic itu sepertimana ianya kehilangan Singapura? Pastinya kerajaan Johor yang dipimpini oleh orang-orang yang bodoh dan tidak berakhlak tidak dapat memberikan jawapan yang sebenarnya pada rakyat.
Atas kemahuan nak maju dan untung segera, kerajaan Johor juga telah melacurkan tanah johor pada rakyat asing tanpa mengkaji kesan-kesannya. Alangkah baiknya kalau suatu penempatan saja yang diperuntukkan untuk orang asing diatas tanah pajakan selama 125 atau 150 tahun? Rakyat singapura beli kediamannya di negaranya hanya pada pajakan 99 tahun bermakna mereka tetap akan melabur pada hartanah diJohor.
Keuntungan dan maruah diri sepatutnya sama-sama dipertahankan bukan keuntungan yang menjejaskan maruah bangsa dan negara dan menggadaikan serta menjual negara. Saya serahkan pada pembaca untuk menilai pandangan saya terutamanya orang-orang johor bukan pemimpinnya yang ternyata bodoh disebabkan tamak dan nak kaya cepat seorang diri.
Johny Bravo