BRAHIM ALI KENA LAGI

Dalam siri ceramahnya malam tadi , 'Putera Katak' telah berceramah di Kampong Atas Tol ,Marang ,Terengganu. Keadiran penduduk lebih kurang 600 orang, di mana sebahagian besarnya adalah penyokong keADILan dan PAS. Manakala kerusi yang disediakan tidak penuh, kerana pendengar malu untuk berada di majlis-majlis UMNO seperti ini.

Sebaik sahaja pengerusi menjemput beliau untuk menyampai ceramah, tidak sampai pun 46 orang yang bertepuk tangan,sementara yang lain menyambut dengan laungan "Putera Al Katak"…ya katanya,"sayalah putera itu". Seterusnya beliau seperti biasa memuji siMahafiraun dengan pujian yang teramat sanagat.. Dalam keseronokan beliau memuji itu, seorang pendengar melaung "sudahkah anda menjilat buntutnya?"beliau secara spontan menjawab…"kalu ambo jilat demo peduli apo?"

Mungkin agaknya beliau mengiyakan pertanyaan tersebut.seterusnya beliau menabur fitnah terhadap DSAI dan mengutuk pemimpin PAS. Dalam duk beriya-iya beliau memaki tu,secara tidak sengaja beliau menyebut, "ni nak bagi tau mahligai yang 200 juta tu sebenarnya bukan milik mahathir tapi milik PM**. Kalau lepas ni ambo jadi PM ambolah dudok…lagipun PM** yang ada ni tua dah"

Beberapa pemimpin UMNO negeri menggeleng kepala dan resah kerana secara tidak langsung putera katak mengesahkan bahawa mahligai tersebut memang berharga 200 juta, beliau juga memberi isyarat bahawa mahafiraun pun dah tersangat tua.

Dalam ceramah itu juga beliau mengulangi bhawa mengatakan bahawa Tuan Guru nik Aziz mengambil elaun rumah kerajaan negeri sebanyak RM6000 sebulan.Sedangkan rakyat umum telah maklum bahawa duit tersebut didermakan kepada tabung serambi mekah semenjak bulan pertama lagi beliau menjadi ketua kerajaan negeri Kelantan.(walaupun ketika itu tabung serambi mekah belum di lancarkan lagi)***ingat sikit brahim…fail mahkamah telah dibuka dalam hal ni. Didalam beliau berceramah tu…pendengar mula menjawab dengan perkataan "bohong dan Katak lompat"..apa lagi beliau mula naik minyak..mula celaru dan kata beliau tenggelam oleh laungan bohong dan katak.

Pada ketika ini beliau mula emosional dan menghalau pendengar supaya balik "tok soh tunggulah, baik demo semua balik" Saya mula meninggalkan majlis bersama pendengar yang mula beredar selepas beliau menghalau…..dalam masa berjalan keluar dari padang bola tersebut….tiba-tiba dengan suara yang amat kuat kedengaran "Mung tipulah katak"suara tersebut diraungkan oleh mereka yang duduk diatas kerusi betul-betul di depan beliau. Brahim terkejut dan beliau diam seketika….Saya meninggalkan majlis tersebut lebihkurang pukul 11.45 mlm.

Satu perkara yang saya merasa amat sedih ialah tanpa rasa malu Umno telah menggunakan alat pembesar suara milik kerajaan iaitu kementerian penerangan. Sebagai seorang kakitangan kerajaan saya merasakan bahawa umno telah mencabul kehormatan jabatan penerangan untuk melepaskan hawa nafsunya. Semoga dengan apa yang berlaku ini menambahkan lagi kebencian rakyat kepada BN.

Tinta Emas