Mahafiraun@RajaDadah dan Dadah Merupakan Ancaman Utama kepada Negara Rakyat Malaysia masih ingat saat dan ketika dimana Mahafiraun@rajadadah pada awal tahun 1983 mengistiharkan dadah sebagai ancaman utama kepada keutuhan dan keselamatan negara. Diubahnya undang-undang dengan hukuman mati mandatory. Tak cukup dengan itu diadakan undang-undang untuk merawat dan memulihkan penagih-penagih pada tahun yang sama. Habis semua pengedar-pengedar ditahan tanpa bicara dengan adanya Akta Dadah Bahaya (langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Akta ini mirip seperti ISA. Ditambahnya kemudian dengan Akta Dadah Bahaya (perlucuthakkan Harta) 1988. Namun kerana ketua untuk membasmikan ancaman dadah ini adalah mahafiraun sendiri, maka usaha tersebut tidak berjaya. Jumlah orang yang didakwa mengedar yang membawa hukuman mati mandatori makin bertambah dari 363 pada 1983 orang kepada hampir 2,000 orang menjelang alaf baru. Sudahlah tu hampir 1,500 orang dikenakan perintah tahanan dan sekatan tanpa dibicarakan pada tahun 1997 berbanding 120 orang pada tahun 1985. Secara umum, penagih-penagih dadah baik penagih baru mahupun yang lama dalam negara tetap tak berkurangan malahan menunjukkan pertambahan sejak 1983 hingga sekarang. Mengenai rawatan dan pemulihan, Megat Junid sendiri pernaj mengakui bahawa kerajaan telah gagal dalam pemulihan dan rawatan penagih-penagih. Mungkin alasannya adalah penagih-penagih adalah orang yang tak bolih dipulihkan, sampah masyarakat, bangkai manusia dan macam-macam lagi asalkan bukan kelemahan kerajaan yang merupakan keadaan yang demikian.pembaca boleh mendapat maklumat daripada Agensi Dadah Kebangsaan di pusat Bandar Damansara, KL. Nyatalah kerajaan tidak bersungguh dalam menanangi masaalah dadah dalam negara walaupun mahafiraun sendiri telah mengistiharkan sendiri dadah sebagai ancaman utama terhadap keutuhan dan keselamatan negara. Setelah hampir 18 tahun negara masih debelengui oleh dadah. Dirombaknya itu dan ini termasuk pasukan petugas anti dadah kepada agensi dadah kebangsaan tetapi hasilnya tiada melainkan makin banyak duit yang dibelanjakan. Walaubagaimanapun setelah berbelanja banyak, hasilnya entah kemana melainkan dimasukkan ke kocik dan saku-saku kroni. Umi Hafilda dengar khabar dapat kontrak iklan poster dadah berjuta-juta. Megat Junid apa lagi kaya raya sebagai pengerusi pemadam. Habis kontrak-kontrak membekal makanan, itu dan ini menjadi haknya. Namun keadaan dipusat serenti tetap tak berubah dan penagih-penagih selalu merusuh. Baru-baru ini saya dengar berlaku di Lenggeng, Negeri sembilan. Apa tidak, duit yang diperuntukkan habis disapu, asyik meeting, elaun meeting, gaji kakitangan tetap sedikit, kakitangannya pun sedikit, maka mana ada motivasi dan kebajikan penagih-penagih diserenti dipersetankan. Banyak duit negara dihabiskan pada serenti sampaikan kerajaan tak mampulah, tapi masaalahnya tetap tak berkesudahan. Maka saya berpendapat bahawa pusat serenti ini hanya untuk mengkayakan orang-orang tertentu yang mendapat hak membekalkan makanan, pakaian dan itu dan ini dan penagih-penagih ibarat anjing kelaparan. Bayangkanlah setelah dua tahun merengkok tanpa bergaji dan berkemahiran, manalah mereka ada peluang bila keluar dari serenti. Ujian air kencing pun meragukan. Adalah lebih elok jika kebanyakan mereka ini dirawat sebagai pesakit luar dengan ujian dikenakan dari masa kesemasa dan dibawah pengawasan. Syaratnya mestilah pegawai-pegawai yang bersungguh-sunguh. Bayarlah gaji lebih sedikit bukannya tak boleh. Malaysia bolehkan. Sebagai pesakit luar, dapatlah penagih-penagih berkerja, berumahtangga seperti biasa, bersaudara, dapat gaji dan menjalani hidup sebagai seorang insan. Kalau dah dimasukkan dalam tahanan selama dua tahun tak bergaji, tak berduit mahupun simpanan, tak mempunyai rumah sendiri, tidak berkerja, isteri minta fasakh (mana boleh tahan) nak kawhin lain, memanglah tak de masa depan bila keluar pusat serenti. Kalau setakat buat bakul, orang buta pun boleh. Saya bukanlah simpati sangat pada penagih-penagih dadah, tapi rawatan dan pemulihan tu buat lah sungguh-sungguh. Ini tidak sampai sekarang pun masaalah itu tak berkurangan. Yang pasti menteri semakin kenyang dapat duit hasil dadah. Akta Langkah-langkah pencegahan dadah pun satu kekejaman. Penagih-pengedar dadah ditahan tanpa bicara. Sebabnya, susah nak buktikan. Anwar Ibrahim senang-senang dibuktikan salah menunjukkan betapa cekapnya dan bijaknya polis Diraja Firaun. Dengan tilamnya, dengan umi dan azizan dan macam-macam lagi. Siasatlah betul-betul, intip dan bila bukti dah cukup baru tangkaplah dan dakwalah supaya pengedar tu dihukum mati. Bukankah itu lebih baik, tapi polis kenalah kerja keras dan bersungguh sungguhlah. Mahafiraun kenalah naikkan gaji pegawai polis bahawan yang sebenarnya berkerja kuat bukannya Rahim Nor ketua samseng keparat. Patut siasatlah, ini dibalunnya Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri hampir separuh maut. Dahtu tak mengaku pula kecuali terdesak. Bukan senang nak matikan orang. Maksud saya polis tidak bolehlah mengambil Jalan mudah dan menuduh sewenang-wenangnya kerana itu kejam. Memang pengedar-pengedartu kejam tetapi tidak bermakna kita pun boleh bertindak kejam terhadap mereka sedangkan kita belum pasti atau yakin meraka bersalah. Tuduh-tuduh tak bolehlah dan tahan-tahan tanpa bicara pun tak boleh – biarlah mahkamah menentukan bukannya Menteri dalam Negeri yang tak boleh dipercayai dan juga bukan hakim-hakim seperti Augustine paul, jaka arriffin dan yang memecat bekas ketua hakim negara yang arif Salleh Abas. Dengan undang-undang yang dasyat sekalipun, masaalah dadah tetap bertambah sebab ketua Malaysia dan ketua dadah dimalaysia juga adalah mahafiraun. Dianilah sebenarnya musuh utama negara . Mahafiraun dan kroninya lebih senang menghabiskan dan menyedut duit negara dan membiarkan penagih-penagih terbiar dan bertambah. Untuknya dibinaya mahligai sedangkan penagih-penagih diserenti melarat dan ramai rakyat tidak berpeluang memiliki rumah sendiri kecuali yang berduitlah. Samada rumah itu murah (25,000 ringgit) atau ianya 120,000 ringgit keatas. Rumah harga 35,000, 45,000, 65,00, dibawah 100,000 ternyata amat berkurangan. Rakyat johor yang merebut-rebut untuk mendapatkan borang membeli rumah baru-baru ini menunjukkan betapa tidak berperikemanusiannya kerajaan. Rumah-rumah mahal dibina dengan banyaknya untuk orang asing sehinggakan pegwai A kerajaan pun tak mampu membelinya kerana umno mementingkan duti dari segalanya. Sehinggakan penyata pencemaran udara juga dirahsiakan daripada rakyat takut kalau pelancong tidak datang keMalaysia. Kerajaan apa kalau hanya mementingkan duit, melacurkan negara dengan syarikat judi, disko, pub, ratu cantik separuh bogel, minuman keras untuk kemajuan sedangkan akhlak rakyat jelas lebih utama. Sebab akhlah dan agama tidak utama, maka sebab itulah masaalah sosial bertambah teruk dengan penagih dadah bertambah, kes murtad sana sini, pelacuran dipihak orang islam sehinnggakan pengerusi judi dan babi pun dipegang orang islam. Johor dengan serba moden pun tidak berjaya membendung anak-anak lari dari rumah. Inikah kemajuan? Tempat maksiat dan pelacuran adalah. Apa nak jadi? Yang pasti Firaun dan Qarun sebenarnya belum mati lagi sebab kita telah membenarkan dan melantik orang-orang seperti ini memimpin kita. JohnyBravo