Siapa Sebenarnya Putera Katak Itu?
Ibrahim Ali sebenarnya komando utama bagi pihak Ku Li. Mahathir suka di ampu. Dan dia sanggup menjadi pengampu yang terbaik di abad ini serta sanggup pula dilempari segala nista kerana sikap pengampuannya yang melampau. Maka Mahathir membalas “jasanya” dengan pangkat.
Jerat sudah mengena!Beliau memulakan jarum secara halus melumuri shit pada imej Mahathir. Beliau nyata berjaya. Selepas beberapa kenyataannya sahaja bilangan Yang membenci Mahathir terus bertambah. Kini bagi rakyat apa jua tektik jahat atau pujian berlebihan adalah strategi Mahathir. Contohnya:
Kalau dulu Mat Bulat yang merosakan imej Mahathir dengan kempen internetnya dan isu darah cina tak boleh jadi PM, kini Ibrahim Ali pula akan memainkan jarumnya. Mahathir mesti dilaknat dan dikutuk dengan segala isu. Beliau akan tumbang. Dan kesemua veteran UMNO akan menganyang beliau selumat-lumatnya. Biarpun BN tumbang semua pemimpin UMNO yang penakut akan gembira dengan tumbangnya Mahathir.Punca segala masalah. Pemimpin datang dan pergi. Tetapi yang ini akan pergi tanpa paluan kompang dan bunga manggar. Kerana ia akan pergi ke penjara yang ditempahnya sendiri bersama-sama kroni-kroninya.Juga tanpa iringan laungan reformasi. Atau mungkinkah dia akan terbang lari dengan pesawat RM 200 juta barunya. Balik negeri. Apa nak kisah RM 1 billion menanti di Switzerland?