Najib Razak Di ISTAC
Seorang teman saya yang bertugas di ISTAC (International Institute of Islamic
Thought and Civilization) memanggil saya petang semalam dan ingin bertemu saya
dengan kadar yang segera. Sebabnya tidak dinyatakan. Namun kerana sibuk
dengan urusan tugas, saya dapat menyakinkan beliau untuk bertemu pada
keesokkannya.
Maka pagi tadi saya bertemu untuk bersarapan pada jam 7:30 pagi untuk
mendengar ceritanya selama hampir 40 minit. Barulah dia nyatakan bahawa dia
ingin saya sampaikan berita apa yang berlaku di ISTAC semalam (5 Ogos) apabila
Menteri Pendidikan Najib Razak melancarkan dua buku terbitan ISTAC. Oleh
kerana dia tahu minat saya untuk menulis di laman-laman reformasi, maka
sayalah dicari.
Pelancaran yang asalnya di jadualkan bermula jam 10.00 pagi tetapi terpaksa
ditunda ke jam 11.00 atas permintaan Najib Razak. Namun selepas ditundapun,
beliau masih lewat datang hingga hadirin keluh resah menanti.
Dalam ucapan beliau, Najib Razak mencabar Shahnon untuk menjawab berhubung
etika penulisan di dalam Islam yang menghendakinya dibuat dalam penuh hikmah
dan lembut.
Najib turut juga memperakui apa yang diketengahkan oleh Prof Syed Naquib
(Pengarah ISTAC) di awal tahun 70an berhubung istilah Education di dalam
bahasa Arab sepatutnya Ta’dib bukannya Tarbiyyah. Dan sebab itulah, kata
Najib Razak, kementerian beliau ditukar dari Kementerian Pelajaran kepada
Kementerian Pendidikan.
Cuma yang Najib takut nak sebut ialah pertukaran nama tersebut dibuat hanya
apabila Anwar Ibrahim menjadi menteri tersebut. Mungkin sensitif untuk
disebut walaubagaimanapun jangan pula cuba hint kepujian itu macam dia yang
claim.
Tepukan yang diberi tidaklah gemuruh. Dan nampak jelas kedangkalan Najib
untuk berbicara soal Islam dan hal-hal tradisi ilmu dalam Islam. Beliau
gagal menyampaikan ucapannya bagi menarik perhatian para ilmuan yang hadir.
Kemudian apabila Najib melawat di tempat pameran, terdapat beberapa petikan
akhbar dan majalah yang dipamerkan disampin buku-buku ilmiah terbitan ISTAC.
Antaranya terdapat beberapa gambar DSAI sebagai bekas Pengerusi ISTAC.
Terpaksalah juga dia buat-buat pandang sekali lalu.
Suatu perkara yang teman saya minta saya beritahu kepada pembaca ialah bahawa
semasa majlis tersebut sehingga beliau beredar balik, hadirin yang ada buat
macam tak kisah dengan kehadiran Najib seorang menteri. Semasa di ruang
pameran dan di tempat jamuan iaitu semasa Najib berjalan lalu seolah-olah
hadirin semua sibuk dengan cerita masing-masing dan tidak mengendahkan
kehadiran seorang tetamu jemputan berkedudukan menteri kanan.
Sebelum ini, kata rakan saya, bila dia membaca berhubung kurangnya sambutan
yang diberi kepada pemimpin UMNO dia ingatkan ianya hanya gembar gembur
strategis pembangkang – rupa-rupanya memang benar berlaku di depan matanya
sendiri.
Tambah saya begitulah hinanya para pemimpin yang dibenci oleh rakyat sekarang.
Hingga bukan lagi tidak mahu bersalaman, malah menjauhkan diri dan tidak sudi
pandang lagi. Itu baru penghinaan yang kita sesama makhluk menunjukkan
kebencian kita terhadap pemimpin yang kita benci.
Bersediakah mereka untuk menerima kebencian dan kemurkaan Allah Azza wa jalla
nanti?
Sekian
Ibrahim Baba
6 Ogos 1999