Berhati-hati apabila membaca atau mendengar berita

Setelah isu DSAI dipecat, dipukul dan dipenjara, barulah rakya umum di Malaysia sedar bahawa betapa banyaknya berita yang mereka dengar dan baca mesti ditapis dengan teliti (scrutinize). Tidak semuanya benar dan terlalu banyak perkara yang terselindung disebalik berita yang dihebuhkan media.

Apa tidaknya, selama beberapa bulan heboh pasal DSAI hendak letak jawatan dan
perbalahan di antara DSAI dengan Dr.M dinafikan berkali-kali. Setiap kali ditanya Mahathir akan menyatakan tidak ada apa-apa masalah di antara beliau dengan Timbalannya. Tetapi apa yang terbongkar kini diketahui umum bahawa pergolakan di antara mereka berdua agak lama telah bersemai.

Begitu juga dengan berita keadaan DSAI di dalam tahanan polis selepas ditangkap dari rumahnya dikatakan OK. Malah Rahim Nor bekas KPN sendiri membuat sidang akhbar dan dirakam oleh semua saluran TV bahawa DSAI "dijaga dengan baik". Apa yang sebenarnya berlaku telah diketahui umum - dengan rasa penuh confident dan megah Rahim menipu seluruh rakyat Malaysia pada masa itu.

Sehingga kini jutaan rakyat telah ketahui bahawa apa yang berlaku diperhimpunan raksasa di dataran Masjid Negara serta perarakan ke Dataran Merdeka adalah suatu perhimpunan rakyat pelbagai kaum yang belum pernah disaksikan oleh bumi Malaysia. Pelbagai laporan media tempatan hanya menganggarkan bilangan yang kecil sahaja yang hadir. Namun ratusan ribu yang hadir dan jutaan lagi rakyat Malaysia yang membaca dan melihat gambar rakaman peristiwa tersebut dalam internet serta dari pita dan VCD Laungan Reformasi 1 & 2 sudah pasti serta yakin mereka ditipu oleh media-media pro-kerajaan.

Mereka yang menyertai perhimpunan aman membantah keputusan hakim Paul terhadap DSAI amat tahu bahawa kekecuhan serta kerosakan harta awam semasa perhimpunan tersebut sengaja dilakukan oleh pihak yang diupah bagi mengambarkan penyokong REFORMASI adalah ganas.

Seruan saya kepada rakyat Malaysia yang membaca akhbar-akhbar serta menonton
berita TV pro kerajaan mesti berhati-hati serta mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Jarum halus mereka ialah untuk memudarkan semangat juang anda. Mereka memesongkan fakta bagi mengalih sokongan anda. Atau sekurang-kurangnya mengalih perhatian saudara dari isu yang sebenarnya.

Kita harus melatih agar kita sentiasa mempunyai fikiran yang kritis terutama apabila mendapat berita dari sumber-sumber pro-kerajaan. Lebih-lebih lagi di kala UMNO/BN takut dengan kekalahan yang bakal mereka rasai nanti. Mesti ada
sesuatu yang terselindung di sebalik beri yang dilaporkan. Kenapa affidavit Nalla dihebuh dan dipaparkan dengan sebesar mungkin dalam akhbar pada hari-hari DSAI dipecat. Dan banyak lagi. Kesemua ini termasuk dalam perang saraf yang sedang giat dirancang dan dilaksanakan.

Kita harus mempunyai fikiran yang kritis terhadap apa lagi yang mungkin disembunyikan Saya ingin memberi satu contoh yang mungkin mendapat bantahan dari sesetengah pihak - tetapi ianya hanyalah contoh untuk melatih diri kita agar kritis
dengan laporan media.

Sebagai contoh, berita pembunuhan Timbalan OCPD JB Utara Supt Mazlan saya
terima dengan pelbagai persoalan. Ajal memang ditangan Allah dan hanya Allah
yang menentukan hidup mati dan rezeki seseorang.

Seseorang perompak lazimnya membuat siasatan serta pengawasan sebelum
melakukan sesuatu rompakan dan akan mencari mangsa yang tidak akan kurang
menimbulkan masalah. Mengapakah perompak-perompak tersebut memilih rumah
seorang pegawai kanan polis? Seperti dilaporkan, jiran serta tuanrumah yang
disewa mangsa, seorang berbangsa Cina hairan kenapa perompak memilih rumah
pegawai polis sepatutnya perompak akan mencari mangsa lain. Di hadapan pagar
rumah mangsa terdapat peti biru Polis.

Bayangkan, bila seorang anggota polis dipukul atau dibunuh - seluruh jentera polis akan menghantui mereka - tak mungkin risiko seperti ini seorang perompak ingin tempuhi.

Yang menjadi tanda-tanda tanya ialah apakah motif sebenar pembunuhan/rompakan?
Mengapakah rumah pegawai polis dirompak. Kalau untuk wang dan barang kemas
mungkin ramai lagi taukeh-taukeh kaya yang boleh dicari.

Mengapa pula mereka tidak dapat menghubungi balai polis berdekatan sehingga 30
minit selepas kejadian? Mengapa talian balai tersebut rosak semalam tersebut. Bukannya satu sahaja balai polis yang ada di Johor. Mengapa tidak diguna talian kecemasan 9xx? Anggota polis yang pertama hanya tiba selepas mangsa dibawa oleh jiran ke hospital.

Adakah mungkin Allahyarham seorang yang baik akhlaknya dan seorang yang tidak
merestui tidak-tanduk mereka yang aktif dengan fitnah dan tidak mahu bersekongkol dengan jenayah konspirasi sebab itu beliau menjadi mangsa? Jika ini benar - maka pemergian Allahyarhan adalah suatu yang mulia kerana mempertahankan hak dan cekal dengan prinsip yang harus disanjung. Pemergiannya di pagi Jumaat yang mulia adalah kehendak Allah. Semoga Allah Azza wa jalla mencucuri rahmat ke atas Allahyarham.

Mungkin kejadian ini harus dibuat iktibar agar pihak polis memperkemaskan perkhidmatannya dari sibuk menzalimi rakyat dan bersengkongkol dengan konspirasi jahat Mahathir dan Daim.

Kita ingat peranan polis dalam beberapa cerita yang telah tersohor seperti kisah saksi tilam, kisah Sukma dipaksa mengaku dan dipenjara dan dipaksa untuk diperiksa dxxxx sedangkan Azizan yang sama dikata diliwat DSAI tidak diperiksa dan bebas sebebasnya seperti juga Rahim Nor bekas orang pertama polis yang telah cuba membunuh seorang bekas Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai seorang Muslim kita harus meneliti berita yang dikhabarkan. Apabila kita mendapat khabar berita dari seseorang, kita diseru untuk menyiasat dan meneliti berita yang dibawa. Teliti isi berita. Siasat latar belakang pembawa berita. Hanya kitab Allah dan hadith yang telahpun diperakui kebenarannya yang tidak boleh kita tolak.

Metodologi pengumpulan hadith seperti yang dilakukan oleh Iman Bukhari dan Imam Muslim telah diperakui oleh intelengsia Islam dan Barat sebagai suatu kaedah yang terbaik dan tidak dapat disangsikan langsung kesahihannya.

(Hanya Mahathir dan pengampu-pengampunya termasuk ulamak UMNO yang sangsi hinggakan ada atau tidak janggut Rasulullah dipersoalkan kesahihannya kerana
tiada gambar)

Sekian
Ibrahim Baba
9 Ogos 1999