Insaflah Wahai RAIHAN!

Saya sokong pendapat seorang daripada penulis di ruangan ini dulu yang pernah menasihati Kumpulan Raihan agar jangan terlibat dengan mana-mana program-program kerajaan. Ini adalah kerana perbuatan mereka hanyalah akan menjatuhkan sokongan dan minat peminat mereka dari kalangan reformist.

Apa yang saya dapati akhir-akhir ini, beberapa siri ceramah atau forum yang dianjurkan oleh kerajaan atau badan-badan kerajaan telah mengumpan rakyat dengan meletakkan nama kump. Raihan sebagai daya penarik. Walaupun tidak dapat dipastikan sambutannya, namun perbuatan ini sangat-sangat dikesali.

Yang terakhir ini, di tempat saya di Kluang, bertempat di Felda Ulu Belitung (jika tak silap - malas nak ambil tahu sangat bila nampak ianya dianjurkan oleh Pergerakan Belia negeri Johor di bawah program Rakan Muda) diadakan Forum oleh kump. Raihan - (mengikut tulisan di kain rentang). Tak tahulah samada sebagai penasyid jemputan atau penceramah jemputan.

Akibat dari penglibatan kump. Raihan ini, saya (tak tahulah orang lain) mulai rasa fed-up dan berbuku bila tengok gambar Raihan di mana-mana. Tidak seperti selalu. Malah, dalam albumnya yang terbaru ini ada sebuah lagu seolah-olah yang ditujukan kepada pihak BA agar melupakan segala sengketa yang berlaku kerana rindukan keamananan dan perpaduan. Siapa yang memulakan segalanya? Mengapa tidak dicipta satu lagu ditujukan kepada Mahadir dan kuncu-kuncunya agar bertaubat dan jangan berlaku zalim dan fitnah terhadap sesama manusia? (Tak tahulah kalau saya tak dengar semua lagunya di albumnya yang baru kerana rasa terkilan).

Wahai kumpulan Raihan..... Sesungguhnya, kami amat simpati pada kumpulan anda jika anda hanya dipergunakan oleh pihak kerajaan. Apakah anda tidak ingat apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap Tok Guru kita dulu ( Tok guru anda juga) Ustaz Ashaari/Abuya? Tok Guru yang amat kita sanjung dan sayangi sepertimana orang Pas menyayangi Yang Mulia TG Nik Aziz? Apakah tidak anda terfikir Tok Guru kita itu dan jemaahnya telah difitnah dan dianiaya oleh Mahadhir? Sepertimana yang telah dilakukan terhadap DSAI? Bukankah telah terbongkar bagaimana Mahadhir akan melakukan apa saja termasuk mengada-ngadakan bukti-bukti palsu dan menggunakan jabatan agama dan Mufti (termasuklah mereka-mereka yang kini telahpun terkena sendiri dek perbuatan Mahadhir). Apakah kita tidak terfikir yang di antara sebab yang Mahadhir takut pada Tok Guru kita selain dari pengaruh jemaahnya yang semakin kuat di kalangan rakyat yang cintakan Islam, ialah kerana telah disebut (diramal sendiri) oleh Pak Habib di dalam satu bukunya yang Ustaz Asyaari bakal menjadi PM Malaysia?

Dalam moden dan majunya si Mahadhir ni, takut juga dia pada ramalan yang entah betul tidaknya Pak Habib tu. Maka melatahlah orang tua kerek tu. Habis didendamnya segala orang-orang yang memakai Jubah Serban hatta Pak Haji mana sekalipun. Tak terfikirkah kita jikalah Ustaz Asyaari telah mengajar ajaran sesat, mana mungkin beliau menulis berpuluh-puluh buku agama yang boleh didapati di mana-mana saja hatta di luar-luar negeri. Malah kita boleh melihat dan menilai pegangan Ustaz melalui buku "Akidah Mukmin" (dalam beberapa siri) yang telah ditulisnya dan tidak dipertikai mana-mana ulamak kerana ianya adalah selari dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Malah, ketika waktu hebatnya serangan kerajaan dulu terhadap jemaah kita, pihak Nahdatul Ulamak di Indonesia telah mengeluarkan risalah mengakui akan kesasihan Aurad Muhammadiah adalah juga selari dengan Ahli Sunnah. Apakah kita semua masih tertipu lagi dengan kerajaan Mahadhir setelah segala-galanya terbongkar? Mungkin anda, tapi tidak saya!

Saya masih percaya dan sayang pada Ustaz Asyaari. Dan oleh itu, sebagai meneruskan perjuangannya yang kini tidak dapat lagi kita harapkan melalui jemaah Arqam, marilah sama-sama kita bersama-sama dengan Pas dengan BA untuk menumbangkan barisan Kerajaan BN yang kejam dan zalim ini.

Ayuh, kump. Raihan dan bekas-bekas pengikut Arqam, janganlah anda merajuk, janganlah mudah patah hati. Lihat sajalah si Zabidi lawyer tu, setelah mengeluarkan buku yang kononnya membongkar kesalahan Ustaz (Walaupun terdapat beberapa fakta jika diteliti adalah bertentangan dengan maklumat dari majalah Al-Islam) tanpa di sedari telah mensahihkan akan kata-kata Ustaz yang ANWAR AKAN JATUH sebelum lagi berlaku peristiwa pemecatan Anwar. (Lihat buku 'Arqam - Tersungkur di pintu Syurga'). Hanya beberapa minggu selepas buku itu diedarkan, berlakulah peristiwa 2 September 1998 yang jemaah kita sendiri was-was mengenainya.

Ingatlah akan hadis Rasullullah, "Takutilah akan firasat orang Mukmin".Ha, apa Zabidi nak kata? Sesungguhnya ujian dan mehnah Allah kepada kita pasti ada hikmahnya terutama kepada salah dan silap kita sewaktu berjuang dulu yang mungkin telah merasa riak, Ujub dan takbur akan 'kealiman' kita dan bantuan yang kita terima dari Allah dahulu. Semua itu menjadi pengajaran. Dan fikirlah akan ujian kita dimalukan oleh Mahadhir dan kuncu-kuncunya di mata manusia tidaklah semalu DSAI yang telah dimalukan ke seluruh dunia! Malah kanak-kanak pun tahu akan keaiban yang ditanggung oleh DSAI kita. Apalagi jika nak dibanding ujian kapada para Nabi dan Rasul. Ingatlah perjuangan kita kerana Allah, bukan kerana Arqam, bukan kerana Ustaz dan bukan kerana diri kita sendiri. Ingatlah kata-kata hikmah Khalid Ibn Walid yang mengatakan akan tetap berjuang di medan Jihad sekalipun dipecat oleh Saidina Umar, kerana perjuangannya bukan kerana Umar, tapi kerana Allah..... Allahu Akbar..... Insaflah wahai Raihan.