Perbandingan Antara Ceramah UMNO dan Ceramah Barisan Altenatif.

 

Pada 7hb Ogos 1999 saya dan suami berkesempatan untuk menghadirkan diri ke ceramah umum UMNO anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian Selayang yang bertajuk “Perangi Fitnah” oleh Ustaz Omar Khalid bekas aktivis PAS Trengganu (yang telah dipecat PAS). Dalam iklan yang dihebahkan acara dikatakan bermula jam 8.30 malam di dewan SRJK (Cina) Jalan 11, Selayang Baru.  Saya dan suami sampai ke situ pukul 9.20 malam, kami ingat majlis telah bermula, tetapi apabila kami sampai ke sana dan park kereta kami,  suasana tempat letak kereta lengang sahaja di situ  ada 28 buah kereta, ini sah kami bilang.  Kami masuk ke dewan dan kami dirasuahkan dengan air kotak setiap orang.  Suasana ini amat berlainan sekali dengan ceramah parti-parti alternatif yang telah beberapa kali kami pergi, dengan manusia berduyun-duyun dan akan pasti berlaku ‘traffic jam’ yang teramat sangat. 

 

Di dalam Dewan kami lihat di atas pentas telah sedia menunggu penceramah, pengerusinya, YB DUN Paya Jaras merangkap Ketua Bahagian UMNO Selayang dan Ketua Wanita Bahagian Selatang serta tiga lahi individi yang tidak diperkenalkan termasuk Pengerusi Majlis. Hairan, pelik bin ajaib setakat yang saya tahu dalam mana-mana majlis sekalipun tidak pernah berlaku barisan di atas pentas menunggu hadirin, pengerusi beberapa kali merayu supaya hadirin yang berkeliaran untuk memenuhkan tempat duduk yang memang kosong dalam dewan besar sekolah cina itu.  Akhirnya setelah empat kali pengerusi merayu barulah hadirin duduk di kerusi yang berjaya dipenuhi oleh lebih kurang 150 - 200 orang sahaja.  Di luar pagar dewan saya dapati ramai juga orang ramai yang memang tidak ingin masuk ke dewan.

 

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Barisan Kita’ dan lagu yang dicipta sendiri  Warisan Kita  yang dinyanyikan oleh kakak dan mak cik wanita UMNO (Kumpulan Koir Wanita).  Semua hadirin diminta berdiri dan nyanyikan bersama-sama.  Saya entah macam mana rasanya tidak sampai hati (tidak tergamak) untuk sama-sama menyanyi dan tak sanggup saya ingin berdiri bersama mereka langsung saya keluar dewan tinggalkan suami yang boleh menyamar berdiri bersama mereka!.  Nyanyian sumbang dengan suara bertempik tanpa nada, agaknya makcik tak practice kut!, hai! Kakak, mak cik saya rasa lebih baik bermarhaban, lebih sesuai dengan umur!.  Selesai acara nyanyian saya pun masuk semula ke dewan, saya dah tak senang duduk, saya ajak suami untuk menyertai pasukan di luar pagar dewan tapi suami kata kerusi dalam dewan lebih selesa!, Nak tak nak terpaksalah saya duduk di kerusi dewan itu. 

 

Maka mulalah pengerusi memulakan majlis dengan mengatakan ustaz yang diimport itu akan membicarakan fitnah sebanyak 23 buah fitnah yang dikatakan oleh orang PAS kepada UMNO (dah terbalik kut dah, dia yang fitnah orang dia kata orang yang fitnah dia!).  Di antara yang dikatakan oleh pengerusi ialah isu lapok iaitu lelong Putra Jaya oleh ustaz Fadhil Nor, saya tengok orang keliling saya pakat angguk kepala! Agaknya orang UMNO ni tak baca berita selain baca berita dari surat khabar arus perdana dan mendengar melalui TV sahaja yang hanya menyuarakan apa yang dikatakan oleh pucuk pimpinan mereka sahaja! Maka kalau macam itu pengikut UMNO ni memang katak di bawah tempurung! Langsung tak bukak minda untuk mengkaji dan meneliti dengan akal fikiran sendiri.  Apalah punya bodoh pengikut UMNO ni! Nampak sahaja bergaya tapi otak beku tak pernah nak guna untuk berfikir sendiri apa pucuk pimpinan kata semua diikut sebiji-sebiji seperti apa yang dibebelkan oleh pemimpin di depan tu!.  Saya dah mula naik hot, dah sejuk kaki tangan saya, punggung dah mula rasa panas!  Lepas tu pengerusi burung kakak tua tu kata kalaulah BN menang pilihan raya nanti 10 lagi Putra Jaya akan dibina!, Tanpa saya sedari saya yang dalam dewan ni tiba-tiba bertempik mengatakan MEMBAZIR!.  Suami saya cepat-cepat pegang tangan saya, orang sekeliling dah mula tengok kat saya, saya kata kat suami tak boleh jadi saya duduk dalam dewan, kalau tak nyanya saya boo kan si pengerusi kakak tua yang tak ada otak tu!.  Yang sedihnya saya tengok orang UMNO dua tiga kerat tu beria-ia bertepuk tangan! Oi! Abang!, Kakak!, otak letak mana ha! Tarak guna ka!, fikir sikitlah bukan sokong melulu sahaja!.

 

Saya pun mula beredar ke luar pagar, duduk tepi longkang bersama-sama barisan manusia yang boleh berfikir dengan menggunakan otak.  Maka saat-saat yang ditunggu-tunggu pun tiba giliran ustaz yang dipecat keahlian PASnya kerana sebab musabab kelaku yang tak betul! Orang yang macam ini sangat ramai dibela oleh peminpin UMNO.  Lagi menonjol salah kelaku orang tu lagi dibelanya oleh UMNO macam bela hantu belaan, yang boleh disuruh buat apa sahaja untuk mencapai matlamat orang yang membelanya!.  Ustaz yang seorang ni pun berbalik pada isu lapok iaitu isu carut mencarut (wahai ustaz isu itu dah lebih dari sebulan berlaku dah out of date dah, sekarang orang bercakap pasal isu laporan polis DSAI, yang si dia ni masih dengan isu mencarut, lelong Putra Jaya, Malaysian Malaysia, Ketuanan Melayu (oi! Yang ni lagi saya geram!) Siapa yang menggugat ketuanan Melayu tak lain tak bukan UMNO sendiri! Bukan DAP! Apa yang DAP buat setakat ini tak ada apa-apa pun yang telah menggugat ketuanan Melayu tapi UMNO? Siapa yang telah memadamkan perkataan ‘bangsa’ dan 'agama' dalam kad pengenalan, siapa yang menghilangkan Imuniti raja-raja Melayu, siapa yang telah mengkorporatkan pendidikan yang nanti akan menyebabkan hanya orang yang berduit sahaja yang boleh menghantar anak-anak mereka untuk mengambil bidang profesional yang mereka mahu. Anak-anak orang miskin yang tak berduit yang rata-rata berbangsa melayu akan menunggu borang UPU dan nanti berakhir (kalau dapatlah ke IPT) dengan ijazah ‘awam’ sahaja bukan bidang profesional hanya segelintir sahaja yang layak yang mungkin akan bertanding dengan beribu orang lain, siapa yang buat itu semua tak lain tak bukan UMNO!.  Akhirnya suami saya yang duduk dalam dewan tu pun keluar tak tahan otaknya untuk menerima kata-kata bodoh ustaz yang seorang ini yang tak ada fakta lain selain mengulang-ulangi apa yang telah diucapkan oleh si ketuanya sahaja.  Dalam ucapannya ustaz itu juga berkata sebagai selingan yang dia harap selepas mendengar ceramahnya orang jalanan yang di luar pagar itu (kamilah yang ditujukannya) akan ramai-ramai masuk UMNO!.  Wah! Geli hati kami, wahai ustaz belaan UMNO! Kami semua yang di luar pagar ini ( termasuklah suami saya yang sorang yang di dalam tu!) ada otak boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk bukan macam kamu hantu belaan yang hanya dipergunakan oleh tuan kamu untuk mencapai satu-satu matlamatnya sahaja.  Kamu tak tengok ke dah banyak hantu belaan UMNO yang telah tercampak keluar dihalau oleh tuan belaan kerana dah tak diperlukan lagi! Ha tu la! Dah nak jadi hantu sangat, padan muka!

 

Kami pun bertolak untuk pergi menghadiri ceramah parti altenatif di belakang warta baru, masuk sahaja kami di kawasan itu deretan kereta telah tersusun di tepi jalan sehingga kami berpusing tiga kali baru kami dapat mencari tempat ‘parking’ kereta.  Sesampai kami di tengah padang giliran sdr. Mustaffa Kamal Ayub sedang berucap.  Wahai saudara-saudara UMNO cuba saudara datang sekali sahaja jadilah untuk mendenganr ceramah barisan parti altenatif, saya rasa pasti anda dapat membezakan isi ucapan antara penceramah UMNO dengan penceramah parti altenatif.  Penceramah UMNO seperti burung kakak tua yang sudah kehilangan sayap dan kakinya yang asyik berlagu dengan lagu yang tuannya telah ajarkan.  Cakap mereka sebiji cakap DS dr. Mahathir! Tatak guna otak, walhal barisan altenatif ceramah mereka adalah hasil pemikiran kritis dan kreatif mereka yang boleh membuka minda kita untuk berfikir sendiri bukan asyik hendak menyogok apa yang orang lain kata.  Setiap penceramah mempunyai pendapat mereka sendiri hasilan pemikiran mereka.  Syabas! Saya ucapkan kepada barisan altenatif yang telah membuat kelainan dalam ceramah mereka!.  Pada kali ini saya dapati ada tayangan slaid sebagai acara selingan.  Saya rasa perkara ini patut diteruskan lagi dan mantapkan lagi dengan bacaan puisi dan sebagainya.

 

            Wahai penceramah UMNO, kalau nak berceramah tu buat kajian sendiri bukan asyik ulang tayang apa yang telah diperkatakan oleh ketua kamu sahaja.  Kan kita ini manusia yang ada otak gunakan otak kamu sendirilah untuk bercakap, barulah boleh bukak minda kami pendengar ni beri hujah sendiri! Barulah kami dapat membezakan antara burung kakak tua dengan seorang manusia sejati!  Tak lah rugi kalau kami nak pilih kamu nanti kami mahukan seorang manusia bukan si burung kakak tua!.

 

Salam Reformasi,

 

Zamzam