Kini UNITEN diserbu
Laporan sahih dari Kementerian Pendidikan mengesahkan bahawa beberapa
universiti tempatan telah diserbu oleh pihak dari Bukit Aman.
Berita terbaru ialah bahawa semalam tiba giliran UNITEN. Beberapa pegawai
Polis dari cawangan khas (termasuk yang beruniform) telah ke bahagian
pentadbiran universiti tersebut.
Apa yang dicari? Senarai nama dan butiran setiap kakitangan di UNITEN.
Kerana terdesak akibat sokongan cendiakawan terlalu kuat terhadap gerakan
REFORMASI, mereka (UMNO/BN) telah memaksa pentadbir-pentadbir universiti dan
institut pengajian tinggi awam supaya menyerah nama-nama kakitangan. Dari
senarai ini akan dikenalpastikan siapa yang perlu mereka ambil tindakan.
Wahai cendiakawan bangsa, usahlah takut dan gentar dengan pelbagai amaran yang
telah dan akan diberi. Sesungguhnya anda adalah golongan kedua yang
dipijak-pijak dan dihina.
Sebelum ini golongan alim ulamak turut menerima nasib yang sama. Mereka juga
dihina dan diugut.
Hanya kepada saudara-saudarilah harapan kami untuk menyelamat negara, bangsa
dan keturunan kita agar kekal dengan kesucian naluri dan kemurnian hidup.
Bayangkan bangsa dan keturunan kita nanti tanpa ketamadunan dan moral serta
akhlak yang mulia kerena telah dinodai oleh mereka yang tamak dengan kuasa.
Sentiasa yakinlah bahawa Allah Azza wa Jalla bersama orang-orang yang benar.
Insya Allah.
Sekian
Ibrahim Baba
13 Ogos 1999