Asalamualaikum saudara pembaca sekelian,
merujuk komen atau kritikan Hj mahathir dalam BH 11/ogos/99 terhadap Prof Dr
haron Din (HD) mengenai Jampi dan Bomoh PAS. Berubat secara Jampi memang
terdapat dalam kaedah perubatan Islam. Ia merupakan sebagai ikhtiar manusia
terhadap penyakitnya. Soal sembuh atau tidak bukan soal kita , tetapi adalah
kuasa Allah.
Jampi ialah ucapan yang disandarkan kepada Allah bagi berikhtiar untuk menyembuh penyakit atau menghilang sesuatu gangguan (lihat buku : Ubat dan Perubatan cara Nabi s.a.w. oleh Taariq Tantawi) Antara jampi yang pernah diajar oleh malaikat Jibril kepada nabi s.a.w ialah, Abu said Al Khudri r.a. memberitahu Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Jibril datang kepada ku lalu bertanya, "Wahai Muhammad adakah tuan sakit?" Aku menjawap: "Ya", Jibril lalu mengucapkan: "Dengan Nama Allah saya menjampikan tuan daripada sesuatu yang menyakitkan tuan, daripada setiap sesuatu yang berjiwa (tubuh yang mempunyai keinginan) dan daripada pandangan mata orang yang dengki. Dengan nama Allah saya menjampikan tuan, semoga Allah menyembuhkan tuan" - Riwayat Muslim dan Tirmizi. Hadis ini hadis sahih.
Kemudian dalam Quran dinyatakan bahawa, "..... Dan Kami turunkan Quran itu apa yang menjadi penawar atau ubat dan rahmat untuk orang beriman dan itu hanya menambah kerugian bagi orang yang zalim" Surah Al Israk : 82.
Firman Allah lagi "....Dan apabila aku sakit Dialah yang mengubatiku" Surah As Syura"80 dan firman Allah lagi: "......... katakanlah Quran itu adalah tuntutan dan ubat" Surah Fusilat ayat 44. Itu adalah antara ayat-ayat shifa yang terdapat dalam Quran.
Sebenarnya sangkaan Hj mahathir terhadap HD mengenai apa yang dikatakan jampi oleh HD untuk mengubati orang sakit adalah satu prasangka yang berbau fitnah dan cuba menidakkan suatu tuntutan yang sememangnya ada dan dianjurkan dalam Islam. Sebenarkan beribu-ribu orang telah berubat dengan HD dan saya juga pernah berubat dengan HD , malah rakan rakan saya dalam UMNO juga pernah pergi mendapat khidmat beliau. Kami pergi berubat hanya untuk berikhtiar, kerana Allah suruh kita berikhtiar apabila kita sakit. Setiap penyakit datang dari Allah dan Ianya yang menurunkan penawarnya. Kita hanya berusaha. Apa yang dibuat oleh HD ialah mengunakan ayat Quran, selawat dan beberapa doa serta mencadangkan beberapa jenis ubat untuk dimakan.
Pembaca boleh merujuk buku HD, Perubatan Menurut Quran dan As Sunnah. Didalamnya menerangkan kaedah rawatan yang dilakukan oleh HD. Kami tidak nampak apa yang salah mengenai rawatan oleh HD. Tiada unsur syirik yang dilakukan HD. Hj Mahathir, "....... mengatakan HD boleh mengubati orang dengan meminum air jampinya , tetapi apabila ia sakit ia tidak minum air jampi, tetapi pergi berubat di Australia". Sangkaan begini adalah satu sangkaan yang memperlihatkan kecetekannya dalam soal-soal melibatkan ikhtiar, usaha dan pilihan sesaorang manusia. Apabila HD pergi berubat di Australia, itu merupakan pilihan HD dan sebagai ikhtiar beliau untuk berubat.
Sebagai saorang manusia biasa kita akan sakit, Nabi pun sakit dan Hj mahathir pun sakit. Ini adalah dugaan Allah terhadap manusia dan sebagai peringatan kepadanya. ilmu perubatan yang HD dapat adalah anugerah dari Allah kerana usaha beliau ketika menuntut dulu. Ia boleh menjadi penawar kepada orang lain dan kadang kala tidak. Jika serasi dan kena dengan penyakitnya ia akan sembuh dengan izin Allah. Sebenarnya terdapat perbagai kaedah perubatan yang boleh kita usahakan, antaranya rawatan cara moden, rawatan tradisional melayu, tradisional cina, tradisional india, acupunture, berbekam,meditasi, kaedah penafasan, doa, jampi dan mengunakan alatan moden seperti bedah dan sebagainya.
Kita boleh mengunakan perbagai kaedah dan HD membuat pilihan untuk berubat cara moden di Australia dan kita kena hormati pilihannya. Tidak timbul soal merawat di IJN atau di Australia. Sesuai atau tidak itu bukan soal kita, kerana sebagai manusia kita hanya berikhtiar. Dalam Islam kita dianjurkan menggunakan 2 kaedah, iaitu (1) kaedah menggunakan ubatan dan alatan dan (2) cara illahiah atau doa/jampi. Apabila kita berubat dengan doktor atau bomoh atau sebarang perawat yang lain, kita jangan mendabit dada bahawa doktor atau bomoh tersebut yang menyembuhkan penyakit, tetapi yang menyembuhkan penyakit adalah Allah dan sebagai manusia kita hanya berusaha. Hj Mahathir harus faham, bahawa HD tidak mengatakan dirinya bomoh dan tidak pernah mendabit dada bahawa ianya pandai berubat, tetapi ramai yang datang berubat kepadanya adalah kerana ingin berikhtiar setelah kaedah moden menemui kegagalan.
Saudara saya juga ramai yang pergi berubat dengan HD, antara kami ramai juga yang sembuh dan ada juga yang tidak. Tetapi kami tidak pernah kesal atau menuduh yang bukan-bukan kepada HD, malah kami bersyukur kepada Allah. Kami faham bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan usaha yang dibuat adalah suatu ikhtiar manusia terhadap maha pencipta. Jangan kerana HD berada dalam PAS, kita cuba mempertikaikan tuntutan yang sememangnya di anjurkan dalam Islam. Mengapa tidak kutuk bomoh yang lain, yang menggunakan kaedah yang sama dengan HD , mengapa HD.
Kita minta beliau bercakap soal lain yang lebih relevan, seperti pembangunan yang selalu dicakap oleh Hj mahathir. Adakah HD mempunyai akhlak yang rendah, adakah HD menghina ulama, adakah HD menghina hukum Quran, adakah HD bersubahat dengan perasuah, adakah HD membantu syarikat anaknya dengan duit rakyat, adakah HD membina projek membazir ketika duit dalam negara berkurangan dan sebagainya.
Jika tak dak isu jangan cuba bermain isu. sebenarnya Hj Mahathir sudah bankrup isu. Penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin BN telah di bongkar oleh bekas timbalannya Dato Seri Anwar Ibrahim. Kini mereka serba salah dan kelemasan. HD tidak terjun dalam politik kerana hendak cari populariti, tetapi keadaan semasa yang memerlukan teguran saorang ulama. Dulu semasa di UKM beliau agak nutral dan selalu dijemput di majlis Kerajaan. Sekarang beliau berada dalam PAS, ia di caci dan dihina. Apakah adil sikap sedemikian. Apa lagi harus di kritik terhadap HD kerana beliau datang dari kolompok yang bersih dan tidak terlibat dalam bentuk jenayah atau rasuah.
Oleh itu rakyat harus faham suasana sekarang dan isu yang dimainkan BN. Isu yang dimain oleh BN kalau tidak ditangkis cepat akan merebak menjadi fitnah. Maaf kerana rakyat menegur anda.
Azlisham Hassan, Kangar Perlis.
Fauzi Ahmad, Kangar, Perlis