Majlis Tarian Bogel (Striptease)

Suatu pendedahan telah dibuat oleh “The Star” 13 Ogos semalam.  Dalam muka pertama bahagian Metro, tajuk utamanya terpampan “For Your Eyes Only – Striptease acts at private functions in homes”.

Laporan tersebut menyatakan bahawa majlis tarian menanggal pakaian hingga bogel (striptease) semakin menjadi-jadi di sekitar Kualal Lumpur dan Petaling Jaya.  Penari-penari bogel lelaki atau perempuan ini di bayar di antara RM500 – RM1,000  semalam untuk tarian yang hampir 3 jam lamanya.

Apakah budaya seperti ini yang kita hendak bina ketamadunan Malaysia sebagai negara yang maju?  Apakah aktiviti seperti ini sukar untuk pihak yang bertanggung jawab mengesan dan mengenal pasti mereka yang terlibat?

Bukankah kita pernah berbangga dengan kecekapan polis kita dalam menyelesaikan beberapa kes yang rumit?  Tilam yang buta, pekak dan bisu pun boleh di”turnover”.

Atau adakah kerana majlis-majlis seperti ini mendapat restu pihak-pihak tertentu? Atau adakah mungkin ianya turut dihadiri oleh mereka yang berkedudukan penting/tinggi sebab itulah penyiasatan pihak yang berwajib menghadapi jalan buntu?  Kita pernah mendengar cerita kebuntuan polis dan
pendakwa yang sama dalam penyiasatan pembunuhan Mustakizah dan kes rogol pelajar 15 tahun di Melaka.

Saya yakin juga dalam majlis-majlis seperti ini terdapat juga mereka yang berbangsa Melayu dan beragama  Islam.  Apakah peranan JAKIM dan para mufti? Apa komen Hamid Othman?  Mungkin semuanya takut terkena nasib seperti bekas mufti Selangor Us. Ishak Baharom lagi.

Sekian
Ibrahim Baba
14 Ogos 1999