Akta Rahsia Rasmi (OSA)

Assalamualaikum w.b.t.
Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan yang masih lagi berkhidmat didalam perkhidmatan, saya sebenarnya agak terkejut apabila isu Akta Rahsia Rasmi (OSA) diperkatakan ekoran daripada kenyataan Sdr Ezam. Ingin saya nyatakan disini bahawa saya sama sekali tidak bersetuju jika mana-mana kakitangan kerajaan membocorkan mana-mana dokumen yang telah diklasifikasikan sebagai rahsia dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Walaupun begitu, saya difahamkan bahawa ramai dikalangan rakyat Malaysia sebenarnya tidak tahu akan arahan kerahsiaan didalam perkhidmatan kerajaan. Pada dasarnya mana-mana dokumen yang beredar didalam sesuatu jabatan kerajaan yang menepati ciri-ciri yang membolehkannya diklasifikasikan sebagai sulit akan diletakkan dibawah kuasa Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Oleh itu dapatlah kita menilaikan mana-mana dokumen yang bertanda 'RAHSIA', 'SULIT' ataupun 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA' maka dokumen tersebut bolehlah diletakkan dibawah arahan kerahsiaan OSA. Mengikut perlembagaan dan peruntukan-peruntukan khas yang telah ditentukan oleh kerajaan, mana-mana dokumen yang berkaitan dengan kerajaan (bukannya mana-mana parti politik) hendaklah diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi.

Oleh itu sebagai panduan untuk semua, mana-mana dokumen yang berkaitan dengan mana-mana parti politik komponen Barisan Nasional adalah tidak termaktub didalam peruntukan-peruntukan Akta Rahsia Rasmi. Walaupun Barisan Nasional adalah satu kumpulan parti-parti yang memerintah akan tetapi mana-mana dokumen yang bersandarkan kumpulan tersebut tidak terlindung dibawah peruntukan Akta Rahsia Rasmi.

Oleh itu dapatlah kita tentukan mana-mana dokumen yang tidak berkepentingan kepada institusi Kerajaan Malaysia tidak berhak diklasifikasikan dibawah peruntukan akta tersebut. Oleh itu saya menyeru mana-mana pihak yang ingin membongkar penyelewengan didalam kerajaan oleh penggunaan kuasa mana-mana parti politik komponen Barisan Nasional agar mengikut panduan ini. Jika terdapat mana-mana dokumen yang tidak bertanda 'SULIT', 'RAHSIA' ataupun 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA' yang mengandungi bukti penyelewengan, maka bolehlah ianya dipaparkan untuk pengetahuan umum.

Jika sekiranya anda rasa was-was terhadap status sesuatu dokumen yang mengandungi bukti penyelewengan, anda bolehlah kemukakan (salinan) ianya kepada mana-mana peguam Barisan Alternatif ataupun secara terus kepada saya di alamat emel yang tertera dibawah ini.

SAYA YANG MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB

Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)
http://members.xoom.com/ketuaperusuh

Email: ketuaperusuh@mailandnews.com