Mala Petaka di Turkey penuh dengan pengajaran dan peringatan.
Negara manakah yang baru sahaja menolak pemerintahan parti Islam? Negera
manakah yang telah memenjarakan pejuang Islam? Dan manakah negara yang telah
mengharam serta menghukum wanita yang memakai tudung kepala (menutup aurat) di
universiti dan pejabat-pejabat kerajaan?
Sudah pasti jawapan itu tepat kepada sebuah negara yang baru dilanda mala
pertaka gempa bumi yang dikatakan yang paling dahsyat di zaman moden ini.
Pemimpin parti Islam Necmettin (sebutan asalnya ialah Najmuddin) Erbakan
pernah merengkuk di dalam penjara dalam tahun-tahun 70-80an. Kemudian setelah
memenangi pilihanraya pada tahun 1996 dan berjaya memerintah Turkey untuk buat
seketika, beliau telah “dipaksa turun” dari memerintah dan kemudian di
jatuhkan hukuman penjara serta diharamkan untuk bertanding seterusnya dan
partinya turut diharamkan.
(Sebuah negara lain pernah menolak dan sehingga ini masih menolak pembentukan
kerajaan oleh Parti Islam dan perlaksanaan hukum Hudud, pernah membunuh dan
memenjara pejuang Islam, pernah memecat pelajar yang memakai serban ke
sekolah, mengeluarkan arahan agar pemakaian kopiah putih diharamkan di
sekolah, serta pernah memecat seorang kakitangan JPA kerana memakai purdah â€"
insyaAllah ulasan lanjut di Bahagian 2 artikel ini â€" sehari dua nanti)
Gemparan berita terbaru dalam beberapa bulan lalu ialah seorang wanita telah
dihukum mati kerana tetap dengan prinsip Islam untuk menutup aurat. Beberapa
bulan sebelum itu, seorang wakil rakyat wanita Turkey yang pertama memakai
tudung kepala telah di halau dari parlimen.
Begitulah bencinya sebahagian rakyat serta pemerintahan tentera dan diktator
Turkey terhadap Islam demi mempertahankan Sekularisme dan Kamalisme
(Attaturk). Bagi mereka Islam dan pemerintahan hendaklah dipisahkan.
Hinggakan nama Islam tidak dibenarkan oleh mana-mana parti politik. Para
ulama tidak dibenarkan berpolitik.
Sehingga artikel ini ditulis, lebih 7,000 nyawa telah disahkan terkorban (di
Kobe Jepun hanya mencatat sebanyak 6,500 kematian) dan lebih 33,000 yang
cedera dan 35,000 orang yang masih lagi hilang dipercayai terperangkap dan
mungkin maut. Gegaran-gegaran kecil masih lagi berlaku dan sehingga ini telah
melebihi 300 gegaran. Kawasan yang terbabit adalah amat besar dan meliputi
kawasan yang padat penduduk serta kawasan perdagangan dan perindustrian.
Lebih 45% keseluruhan penduduk Turkey (yang berjumlah lebih 60 juta) terbabit
dengan kebanyakkannya terpaksa keluar rumah untuk tidur di kawasan lapang bagi
mengelak dari bahaya seterusnya.
Namun jika ditanya persoalan berhubung bala yang telah diturunkan di bumi
Turkey kepada mereka yang mata hatinya buta, pekak dan bisu, mereka akan
berkata negara Turkey memang terletak di kawasan yang aktif dengan aktiviti
gunung berapi dan gempa bumi. Memang begitulah jawapan mereka kerana mata
hati mereka telahpun dikunci rapat dari menerima sebarang pertunjuk.
Demi itu, wahai saudara sekalian, kita harus sentiasa bersyukur kerana Allah
Azza wajalla masih belum menurunkan sebarang bala seperti itu ke atas kita
walaupun terdapat di kalangan warga negera ini yang secara terangan
mengingkari perintah Allah. Kita mesti sentiasa mendua’kan agar dijauhkan
kita semua dari azab yang pedih dan tiada bandingnya.