Zaleha yang turut tewas dalam pemilihan Naib Ketua Wanita masih kekal dalam jawatan kabinet. Dan yang membuat rakyat Pahang mula sedar mereka tertipu oleh Dr. M ialah apabila Dato' Najib Tun Razak diketepikan oleh Dr. M dengan melantik Pak Lah sebagai Timbalan PM. Najib yang pada pemilihan Naib Presiden yang lalu telah mendapat bilangan undi yang paling tinggi. Malah Najib juga adalah faktor utama terakhir yang menyebelahi Dr. M ketika lawan Ku Li dulu. Namun, Dr. M tidak memilih beliau.
Bermula dari episod ini, rakyat Pahang mula sangsi dan kurang senang dengan percaturan Dr. M. Mereka tidak puas hati dengan tindak tanduk Dr. M mengenepikan pandangan ahli parti dan rakyat Pahang. Mereka telah mula berbincang secara terbuka. Mereka mula membuat percaturan dan perancangan mereka sendiri. Dan bermulalah kem orang-orang Pahang. Kemudian diikuti dengan perletakkan jawatan secara paksaan oleh Dato' Sabaruddin dari kerusi menteri dan juga sebagai Setiausaha parti. Demi untuk mengambil hati rakyat Pahang semula, Dr. M telah melantik Dato' Khalil sebagai ganti Sabaruddin untuk jawatan SU parti dan meletakkan Khalil sebagai Menteri Penerangan.
Yang menjadikan suasana bertambah hangat lagi ialah apabila Timbalan Menteri Besar diketepikan oleh Dr. M dalam pemilihan MB. Sejak bila pula mamak dari Kedah yang menentukan kedudukan MB di negeri Pahang, begitulah marahnya seorang veteran UMNO dari Pahang yang pernah memegang jawatan yang kanan dalam kabinet dan UMNO. Dalam pada itu, mereka turut tidak berpuas hati dengan tekanan yang telah dikenakan terhadap wakil mereka dari Kuantan yang sekian lama masih sebagai Timbalan Menteri. Bukan setakat itu sahaja, Dato' Fauzi turut menerima ancaman dan kecaman dari beberapa pihak dalam parti yang kurang senang dengan sikap Dato Fauzi dalam melayani DS Anwar sebagai rakan di dalam dan di luar parti.
Baru-baru ini terdapat suatu pakatan yang hadiri oleh (kurang dari sepuluh orang semuanya) beberapa orang MT UMNO (dan beberapa ahli DUN yang tidak MT) yang berasal dari Pahang. (tempat dan tarikhnya maaf, terpaksa saya rahsiakan buat masa ini kerana implikasi tertentu). Memang jelas sentimen kemarahan pimpinan UMNO dari Pahang terhadap kepimpinan Dr. M. Berikut adalah beberapa initisari yang telah saya saringkan untuk disiar (ada beberapa pelan tindakan yang saya tidak dapat laporkan di sini):
Sentimen dan pengaruh Tun Razak sebagai PM yang telah membawa masuk Dr. M semula dalam parti amat ketara. Pasti sentimen ini akan dimainkan juga seperti Mahathir seorang yang tidak mengenang jasa ayah Najib yang telah menerima masuknya semula setelah dipecat oleh Tunku. Sentiasa terus merisik.
Masih Dalam BTN
23-8-99