Dedahkan Lebih Banyak Penyelewengan Ramli Marcos

Melalui ruangan ini harap dapat disebar dan dipergiatkan lagi berita mengenai kekayaan Ramli Marcos yang melimpah ruah hasil "titik peloh" beliau selama tiga penggal mengaut dan menyapu bersih segala hasil mahsul Negeri Perak dan pemberian ufti atau bunga emas berupa kereta-kereta mewah dan wang ringgit oleh tokeh-tokeh dan kroni-kroni beliau.

Rumah yang beliau duduki sekarang iaitu kuarters kerajaan telah diperbaiki dan diubahsuai saban tahun manakala kakitangan kerajaan terpaksa duduk menyewa atau tinggal dikuarters kerajaan Sg.Senam yang kelihatan daif yang apabila peruntukan dipohon untuk membaikinya- JKR kata duit "pochee'. Kalau dilihat rumah Ramli Marcos tersebut mengalahkan Istana dimana bilik air sahaja diubahsuai pada tahun 1992/1993 berjumlah RM49,000.00. Tak percaya tanya JKR. Kalau diperhatikan belakang rumah ramli marcos lebih kurang lapan stor tempat menyimpan kereta-kereta mewah bermula dengan Merz, Range Rover dsn.

Kalau Ramli Marcos dipanggil oleh Mahafiraun untuk masuk federal pada pilihanraya ini, rasanya 99.9% beliau akan mengarahkan barisan exco taiknya nya di perak untuk mengistiharkan rumah tersebut di dalam mesyuarat EXCO setiap Rabu tu  untuk mengistiharkan rumah tersebut di hakmilikan kepada beliau atas jasa-jasanya selama ini. MB baru akan disediakan rumah baru. 

Lihat sahajalah apa yang terjadi kepada kenderaan rasmi kerajaan (Merz) yang digunakan oleh barisan exco beliau. Habis sepenggal jadi exco, kereta itu akan dilelong kepada exco itu dengan harga bawah par.tapi exco tu memang kaki belit. Di overhaulnya dan dimekapnya dulu kereta itu pakai duit kerajaan dan apabila diserahkan kepada beliau - cuci tangan dan tak perlu ingat pasal kerosakan.kalau dulu siap dengan handphone NEC yang macam beg tangan tu.

Siasat pula keadaan kewangan Imelda dan anak-anak beliau. Berita diterima mengatakan anak perempuan beliau ada membawa buku akaun ke sekolah dan ditunjukkan kepada kawan-kawan - Jumlahnya 8 juta yob!. Tiap-tiap tahun Ramli Marcos akan keluar makan angin keluar negeri menggunakan duit kroni beliau - PKNP atas nama lawatan menggalakan pelaburan.senang sikit takde Quiry oleh PAC- public account committee. Tapi tahun lepas Mahafiraun tak bagi makan angin keluar negeri sebab gawat - mereka ke taman negara.

 
Oleh itu dah letih kita melihat gelagat Ramli Marcos dengan tindak tanduknya meranapkan dan sapu bersih harta serta memperkayakan diri sendiri walhal banyak lagi rakyat miskin di Negeri Perak. Dia ingat saiz lubang kubur 6 x 8 kaki tu boleh muat semua harta bendanya. Bahalol betul.
 
 
Dah serik.......