Forum Perdana Dicemari Politik Murahan

Siaran Forum Perdana Ehwal Islam di RTM TV1 (2 Sep 99) bertajuk 'Bumi Bertuah' telah dicemari oleh seorang panel dari Jabatan Agama Islam Kedah dan Pengerusi Majlis dari JAKIM dengan unsur-unsur kotoran politik UMNO dan mengampu. Walaubagaimanapun syabas diucapkan kepada dua panel lain yang tidak mengikut rentak ampu dan kotoran politik UMNO.

Pengerusi forum, Us. Ismail Nor, jelas cuba memutar belit dengan beberapa kali mengarahkan suasana forum sebagai medan untuk mengampu UMNO dan kepimpinannya. Beberapa kali beliau telah menanyakan soalan-soalan agar disetujui oleh para panel. Panel ketiga, Us. Jaafar Ismail, dari Jabatan Agama Islam Kedah, terlalu jelas dan ketara cuba membodek kerajaan.

Sepanjang hujjah beliau sentiasa dipenuhi dengan mengampu. Dalam pusingan kedua dan ketiga dari ucapan beliau (saya missed pusingan pertama), tidak ada SEPATAH pun beliau memetik ayat suci Al Quran mahu pun Al Hadith. Hujjah beliau hanya bersandarkan peribahasa melayu semata-mata dan diselitkan pendapatnya dan mengulangi ucapan pemimpin negara. Adakah beliau terpaksa mengguna peribahasa dan perumpamaan sahaja bagi menyokong hujjahnya untuk mengampu pemerintah yang zalim? Adakah kerana memang tiada hujjah yang boleh beliau cari dalam Al Quran dan Al Hadith untuk menyokong kezaliman dan ketidak adilan yang dilakukan dengan berleluasa oleh pemerintah dan kuncu-kuncunya.

Berbeza sungguh dengan ucapan atau ulasan dua panel lain. Ustaz Firdaus Imam Masjid Negara, memberi hujjah yang kemas bersandarkan Al Quran dan banyak kali cuba membetulkan arah soalan yang dikemukakan oleh Penegrusi dan hadirin.

Namun, ucapan syabas yang teristimewa harus diberikan kepada Dr. Che Noraini Hashim dari Jabatan Pendidikan UIA sebagai panel kedua. Beliau banyak kali menyanggah hala arah yang cuba dibawa oleh Pengerusi majlis yang cuba mengemukakan soalan-soalan berbentuk mengampu. Malah beliau turut juga membetulkan ulasan panel lain secara halus.

Setiap ulasan dan hujjahnya penuh disandarkan Al Quran dan Al Hadith semata-mata. Beliau turut mengulas dan memberi ciri-ciri yang perlu ada kepada pemerintah dan pemimpin kita untuk bersyukur. Dan bukannya dalam suasana kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh pemerintah. Malah dalam pusingan ketiga beliau telah membetulkan soalan yang dikemukakan oleh seorang hadirin berhubung kesyukuran yang harus diberikan kepada pemerintah dengan memetik Surah As Saba'.

Dr. Che Noraini membetulkan bahawa kesyukuran itu untuk Allah dan ayat tersebut memberi amaran agar jangan diikuti kaum Saba' yang dilaknati Allah yang ingkar untuk bersyukur dengan Allah Azza wa jalla.

Sekian

Ibrahim Baba
3 September, 1999