KOTOR – PROGREM WANITA BARISAN ALTERNATIF DISABOTAJ!!!!

Klang, 4 Sept.

Progrem Perhimpunan Perpaduan Wanita Barisan Alternatif anjuran Wanita Parti KeADILan Nasional Negeri Selangor yang telah dilangsungkan sebentar tadi di Dewan Sekolah Menengah Hin Hua Klang telah berjaya digagalkan oleh pihak-pihak tertentu.

Perhimpunan yang dijangkakan dapat menghimpunkan seramai lebih 3,000 wanita dari seluruh pelusok Negeri Selangor rupa-rupanya telah disabotaj sehinggakan kehadhiran hanya mencapai lebih kurang 60 orang sahaja.

Seawal 9.00 pagi, berita tentang tersekatnya beberapa bas yang membawa peserta-peserta perhimpunan dari beberapa tempat telah disampaikan ke pengetahuan urusetia Perhimpunan. Sebelum itu, beberapa komunikasi fax ke sesetengah Bahagian Parti KeADILan Nasional juga dilapurkan tidak disampaikan kepada yang pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan. Ramai peserta yang ingin hadhir juga telah diberitahu oleh pihak-pihak tertentu bahawa progrem tersebut dibatalkan disaat-saat akhir kerana masaalah permit.

Jawatankuasa penganjur progrem sudah menjangka akan taktik kotor ini dari awal ianya dirancang. Awal-awal lagi mereka telah terpaksa mencari berbagai tempat di K.L, P.J dan Shah Alam tetapi gagal. Akhirnya dengan bantuan DAP, pihak penganjur berjaya mendapatkan Sekolah Hin Hua sebagai venue perhimpunan. Poster-poster yang disediakan juga dikoyakkan sebaik sahaja ianya ditampal.

Nampaknya, pihak-pihak tertentu begitu takut dengan Progrem Perhimpunan Wanita Barisan Alternatif ini kerana kaum wanita merupakan majoriti pengundi didalam senarai pengundi yang layak mengundi didalam pilihanraya yang akan datang. Perpaduan dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh Wanita dari parti-parti gabungan Barisan Alternatif juga dirasakan satu tamparan hebat kepada propaganda Barisan Nasional yang selama ini memberi gambaran bahawa parti-parti pembangkang tidak mampu bekerjasama atau tidak sehaluan didalam perjuangan mereka.

Yang lebih jelas lagi, kegusaran di pihak Barisan Nasional ialah Agenda Perubahan untuk Wanita yang diperjuangkan oleh Barisan Alternatif yang sangat jelas dan amat relevan kepada kesejahteraan kaum wanita dinegara ini.

Kegagalan Wanita UMNO memperjuangkan isu-isu wanita yang relevan dibawah pimpinan Siti Zaharah atau ( Pn. Dr.Mahathir????)juga telah mempamerkan mentaliti dan kematangan berfikir yang sepatutnya ada pada Wanita Malaysia yang berpelajaran tinggi, tambah-tambah lagi di ambang alaf baru. Apa, tiadakah isu wanita lain yang relevan selain dari isu logo Petronas? Sesungguhnya Siti Zaharah dan Wanita UMNO adalah bahan tertawa kami dan  Wanita Malaysia yang lain.

Akhir kata buat para pejuang Reformis sekalian, ini adalah tanda-tanda awal bahawa pilihanraya  yang akan datang adalah yang terkotor sekali dalam sejarah negara. Walau bagaimana kita ditindas dan disekat, namun kecekalan dan perpaduan dikalangan Wanita Reformis adalah penentu dan kunci kepada perubahan yang bakal dirasai oleh kita semua. Ingatlah ‘manusia boleh merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya’. 

Ikhlas dari Reformis Wanita Alaf Baru

‘Dulu Barisan Nasional sekarang Barisan Alternatif’