Selamat Jalan Ustaz Yufoff Badaray!!

Oleh: Anak Polong

Setelah beberapa siri surat layang ditujukan kepada AJK Masjid dan kepada pihak berkuasa tertentu oleh kumpulan Komando UMNO (gang Alu Lahab) terhadap Us. Yusoff Hj Badaray, akhirnya beliau mendapat arahan untuk berpindah dari Parit Buntar ke Kuala Kangsar.

Kekesalan dan kesedihan jelas terbayang diwajah jemaah solat Jumaat pada 10.09.99 apabila Ustaz Yusoff selaku Khatib semasa mengakhiri Khutbahnya memohon maaf sekiranya semasa beliau menjalankan tugas selaku khatib telah menyinggung atau menyakiti hati sesiapa semasa khutbahnya.

Tambah beliau ini hanyalah menjalankan amanah Allah untuk menyampaikan dan mengingatkan supaya kita tidak lalai dan tidak lupa akan tanggung jawab selaku hamba Allah swt. dan umat Nabi Muhamad saw. Menurut Ustaz Yusoff Hj. Badaray lagi, pada mulanya beliau dikatakan akan bertukar ke Ipoh mulai tanggal 01.09.99. Tetapi pertukaran itu dipinda kepada 16.09.99 dan beliau diarahkan bertugas di Masjid Sultan Idris Shah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Namun penghijrahan ini tidak melunturkan semangat beliau dan rakyat yakin kehadiran beliau di Kuala Kangsar beliau akan berpadu tenaga dengan Ustaz Norazli Musa (Taliban). Mudah mudahan puak puak Abu Lahab dan Abu Jahal tersenyum seketika.

Tapi ini tidak lama kerana kehilangan Ustaz Yusoff dari Parit Buntar, akan membawa rahmat kepada penduduk di Kuala Kangsar.

Kepada Imam Yusoff, segala yang berlaku ada hikmahnya dan Allah lah yang menentukan segalanya. Bersyukur dan teruskan jihad anda dalam menyedarkan umat Islam supaya kembali berfikir dan meletakkan Agama Islam diMERCUNYA. ALLAH HU AKBAR.


KEMBALI