Oleh Anak Polong.
Di kawasan perindustrian Parit Buntar (Taman Krian) terdapat sebuah kilang milik SCOPE ELECTRONIC SDN BHD yang sedang dibangunkan dan sudahpun 90% siap. Pada hari Jumaat kelmarin saya lewat di depan kilang itu untuk ke Masjid Parit Buntar untuk solat Jumaat. Semasa melintasi didepan kilang itu saya terdengar seseorang memanggil saya dan saya lantas memberhentikan kenderaan saya.
Seorang peniaga nasi di hadapan kilang itu yang memanggil saya. Dihati saya terfikir mungkin ada sesuatu berita baru yang nak disampaikan oleh penjaja ini. Maklum sajalah diKrian ini banyak penyokong BA tapi macam tikus dan ada pula yang macam kura kura - tunggu pokok tumbang baru nak merangkak perlahan lahan.
Apabila saya menghampiri beliau dan memberi salam beliau menjawab salam saya serta menuntukkan kearah pagar kilang tersebut yang sedang dicat. Saya kurang mengerti lalu bertanya akan hal yang sebenarnya. Dia pun ceritalah......... "Hang tau dak, pagaq tu baru saja sudah dicat dua hari lepas dengan warna hijau dan putih. Hari ni pulak, cat hijau digantikan dengan warna kelabu jadi kelabu dan putih. Membaziaq nuu."
Lucu juga kelaku puak puak ni sampai warna hijau pun takut.........mungkin cat warna hijau ini ada mengandungi racun arsenik kot........Takut juga kalau kalau racun itu terhidu sampai ke Taman Krian. Kan kilang tu terlalu hampir dengan rumah Cikgu Isa Hudari dan Cikgu Pieeee dan mungkin lajak sampai rumah Cikgu Saari Kongo dan YB Latip.
Kesian juga nanti hampa mampuih pelan pelan macam nasib DSAI. sekian untuk santapan kita semua. Wassallam